KEJOHANAN Euro 2016 yang akan membuka tirainya sembilan hari lagi mungkin jadi sasaran serangan pengganas.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang secara rutin mengeluarkan amaran perjalanan kepada warganya bagi risiko jangka masa singkat.
Amaran perjalanan terbaru ini bagaimanapun adalah yang ketiga bagi benua Eropah dalam tempoh 20 tahun.
Jelas Jabatan Negara, serangan kemungkinan mensasarkan lokasi tumpuan pelancong, restoran, pusat komersil dan venue kejohanan besar seperti Euro 2016.
Jumlah kemasukan pelancong yang tinggi ke Eropah sempena cuti musim panas, juga menyebabkan ia terus jadi perhatian pengganas.
Kejohanan Euro 2016, acara bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia akan menampilkan 24 pasukan dengan 51 perlawanan di 10 venue di seluruh Perancis.
Antara venue utama adalah di Saint Dennis, Marseilles, Lyon dan Lille.
Perancis pernah mengisytiharkan darurat susulan serangan pengganas pada November tahun lalu di Paris, yang menyebabkan 130 orang maut.
Amaran berhubung serangan pengganas ketika Euro 2016 ini bukanlah yang pertama.
Serangan berkembar di Brussels Mac lalu, turut menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan di Eropah, khususnya menjelang acara sukan besar seperti Euro 2016.
Insiden mengorbankan 34 nyawa itu memberi memberi petunjuk keperluan kawalan keselamatan dipertingkat bagi mengelak tragedi tidak diingini.
Ancaman keselamatan berkenaan juga mewujudkan kesangsian berhubung keperluan untuk meneruskan atau membatalkan Euro 2016.
Bagaimanapun, Badan Induk Bola Sepak Eropah, UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan terus memantau tahap risiko kejohanan berkenaan.
Agensi
Wed Jun 01 2016
![Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464253377_UEFAEuro.jpg)
Ancaman keselamatan berkenaan juga mewujudkan kesangsian berhubung keperluan untuk meneruskan atau membatalkan Euro 2016. - Gambar fail
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734158134_AmirHamzah.jpg)
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464253377_UEFAEuro.jpg)
Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas
Kejohanan Euro 2016 yang akan membuka tirainya sembilan hari lagi mungkin jadi sasaran serangan pengganas.