JURULATIH Iceland, Lars Lagerback mengharapkan keajaiban meskipun menyedari pasukan yang bakal dihadapi, Portugal adalah pasukan pilihan kejohanan Euro 2016 dalam aksi Kumpulan E, awal pagi ini.

Lagerback menyedari aksi di Saint-Etienne nanti adalah ujian getir buat pasukannya mengekang kehebatan Portugal yang mara ke separuh akhir empat tahun lalu.

"Kami tidak sabar untuk menghadapi Portugal, sekalipun mereka adalah pasukan mantap dan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini. Kami di tahap terbaik dan berharap untuk memberi masalah kepada Portugal, katanya dalam sidang media.

"Saya berpuas hati jika kami mencapai keputusan seri walaupun bermain buruk. Tapi saya tidak gembira jika hanya seri tapi bermain dengan baik.

"Saya tidak mahu pemain bosan dan inginkan mereka berada dalam mood yang baik. Mental mereka kuat, jadi saya tidak bimbangkannya," katanya.

Menurut Lagerback lagi, resepi Iceland untuk menghadapi Portugal adalah dengan kawalan bola dan corak permainan pantas dalam usaha mengelak Portugal daripada menguasai permainan.

"Portugal akan menguasai bola. Kami akan cuba bermain secara agresif yang boleh.

"Cristiano Ronaldo adalah antara pemain terbaik dunia. Tapi aksi berpasukan lebih penting. Sudah tentu kami akan cuma merantai Ronaldo."