ERIK ten Hag berkata pada musim panas ini Manchester United perlu menandatangani penjaring gol yang sudah terbukti berbisa dan ia akan sangat membantu sambil menekankan pilihan menarik yang mereka gunakan dalam tempoh ini sepatutnya sudah memadai.
Setelah penggal terakhir yang menyaksikan mereka menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL)} dan memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dalam kempen pertama mereka di bawah pengurusan Ten Hag, United kemudiannya bergelut.
Dengan baki tujuh perlawanan liga, mereka berada di tangga keenam dan 11 mata di belakang Tottenham yang menguasai posisi keempat sementara Aston Villa di tempat kelima.
Malah, United mempunyai jumlah catatan gol terendah dalam kalangan 10 kelab teratas menerusi 45 jaringan.
Rasmus Hojlund, 21, telah menjaringkan 13 gol sejak dipancing musim panas lalu untuk menyertai serangan yang turut menampilkan Marcus Rashford dan Anthony Martial.
Rashford mempunyai lapan gol untuk musim 2023-24 sementara Martial terpaksa diketepikan sejak pembedahan pangkal paha pada Januari lalu.
Justeru, Ten Hag tidak pasti sama ada dia mampu mendapatkan semula khidmat kedua-dua penyerang tersebut sebelum musim ini berakhir.
Ditanya dalam sidang akhbar menjelang lawatan ke Bournemouth bahawa betapa pentingnya United menandatangani penyerang berbisa Ten Hag berkata: “Saya fikir ia akan membantu.
“Dalam pelan ini yang kami bina, kami sepatutnya mempunyai jaringan yang mencukupi. Kami bergantung kepada gol daripada Rashy - musim lalu dia menyumbangkan 30 gol. Kami juga perlu bergantung kepada Martial. Saya yakin dia mampu beraksi dengan sangat baik, manakala dalam perlawanan penting dia mempunyai impak yang tinggi.
“Dan kemudian kami membawa masuk pula penjaring seperti Rasmus Hojlund, ia sepatutnya sudah memadai.” - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Apr 13 2024

United mempunyai jumlah catatan gol terendah dalam kalangan 10 kelab teratas menerusi 45 jaringan. - Foto AP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.

Ten Hag dirisik kelab Bundesliga?
Leipzig telah kalah lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Terima kasih Man United, saya harap anda berjaya - Erik ten Hag
Ten Hag, yang memenangi dua trofi dalam beberapa musim di United, mengucapkan terima kasih kepada penyokong.

Van Nistelrooy dedah Ten Hag sedih, terluka dipecat United
RUUD van Nistelrooy telah mendedahkan reaksi Erik ten Hag selepas pengendali kelahiran Belanda itu dipecat oleh Manchester United.

Belum sampai semusim, Zirkzee mahu tinggalkan United
Penyerang Manchester United, Joshua Zirkzee dilaporkan mahu meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan Januari ini.

Ten Hag mula pertikai mentaliti Manchester United
The Red Devils kini gagal meraih kemenangan dalam aksi pembukaan pentas Eropah sejak empat musim yang lalu.

EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan.

Ten Hag salahkan pemain selepas tewas kepada Brighton
Erik ten Hag menyalahkan pemain pertahanan selepas kekalahan 1-2 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag
Pra-musim yang kurang cemerlang, United menang dua kali, tewas tiga kali, sebelum tewas kepada Manchester City hujung minggu lalu.

EPL: Ia perasaan yang hebat untuk jadi pemain Manchester United - Mazraoui
"Saya tidak sabar untuk ke Old Trafford dengan memakai seragam merah."