The Red Devils mensia-siakan beberapa peluang terhidang dalam separuh masa pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan percubaan Alejandro Gernacho sekadar singgah di palang gol sahaja.
Kesilapan dalam babak pertama terus menghantui mereka apabila Crysencio Summerville memecahkan kebuntuan pasukan tuan rumah untuk meletakkan West Ham mendahului pada minit ke-76 sebelum Casemiro mejaringkan gol penyamaan untuk terikat 1-1.
Namun, penalti yang dianggap kontroversi diberikan kepada pasukan tuan rumah selepas kekasaran Matthijs de Light kepada Danny Ings dengan Jarrod Bewen tenang memastikan pasukan pelawat pulang dengan tangan kosong.
"Kami telah rasa ketidakadilan sebanyak tiga kali musim ini. Kami perlu menjaringkan gol. Kami mencipta begitu banyak peluang dan sepatutnya mendahului dengan dua atau tiga gol.
"Apabila tewas 1-0, anda memerlukan personaliti dan perwatakan besar untuk pasukan dan kami menunjukkan ketabahan untuk bangkit semula. Tetapi ia tidak adil dan sangat tidak adil cara kami memberikan penalti.
"Lebih banyak kekecewaan, tetapi saya tidak boleh buat apa-apa dengan itu. Mereka tidak mengutip mata. Kami tidak menjaringkan gol dalam aksi yang kami bermain dengan baik.
"Saya bercakap dengan pegawai tetapi keputusan telah dibuat. Tidak ada jalan untuk kembali dan itulah bola sepak. Itu kali ketiga saya berasakan ketidakadilan dalam musim ini dan memberikan kesan yang besar kepada pasukan kami.' katanya. - Stadium Astro