Pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Saammie Szmodics pada minit ketujuh perlawanan sebelum The Blues bangkit mengatasi dengan kemenangan 4-1.
Erling Haaland menjaringkan gol pertama City menerusi sepakan penalti pada minit 11 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-88, satu lagi jaringan City dihasilkan oleh kapten pasukan, Kevin De Bruyne.
Ipswich memberikan Liverpool perlawanan yang sukar pada pembukaan liga minggu lepas walaupun tewas dengan keputusan 2-0, mereka juga menghadirkan saat cemas kepada juara bertahan itu.
"Kami beraksi sangat baik, pihak lawan juga memberi tentangan hebat buat kami," kata Pep Guardiola dalam satu sidang akbar.
"Apabila permainan dimulakan kami seolah menghormati corak permainannya sehingga dibolosi pada minit tujuh perlawanan.
"Saya melihat mereka datang dari divisyen 2 liga dan mereka seperti membawa semangat yang luar biasa untuk beraksi di liga utama inggeris ini.
"Saya melihat perlawanan mereka menentang Liverpool dengan corak permainannya yang sangat baik di stadiumnya sendiri" kata Pep Guardiola.
City kini mendahului saingan liga susulan dua kemenangan yang terhasil daripada dua perlawanan. -- Stadium Astro