KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk, dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan dan denda sebanyak £100,000 (RM582,925.26) selepas mengaku bersalah berkelakuan tidak wajar ketika dilayangkan kad merah sewaktu menentang Newcastle United.
Pemain kebangsaan Belanda itu diarahkan keluar padang kerana mengasari Alexander Isak dalam separuh masa pertama ketika meraih kemenangan 2-1 di St. James' Park pada 27 Ogos lalu tetapi dia pada awalnya enggan meninggalkan padang dan kemudian bertelagah dengan pengadil, John Brooks.
Penggantungan satu perlawanan yang dikenakan sebelum ini menyaksikan pertahanan tengah itu tidak dapat beraksi ketika Liverpool menewaskan Aston Villa 3-0 sebelum waktu rehat antarabangsa dan dia kini akan menjalani penggantungan tambahan, sekali gus terlepas kunjungan ke laman Wolves pada 19 September ini.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak England (FA) berkata: "Virgil van Dijk telah digantung satu perlawanan dan didenda £100,000 kerana melanggar Peraturan FA E3.1 semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menentang Newcastle, pada Ahad, 27 Ogos lalu.
"Pemain pertahanan itu mengakui bahawa dia bertindak dengan secara tidak wajar dan menggunakan kata-kata kesat dan menghina terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29, dan hukuman berkenaan kemudiannya telah diputuskan oleh suruhanjaya kawal selia bebas." - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Sep 09 2023

Pemain Liverpool Virgil van Dijk dilayangkan kad merah ketika perlawanan menentang Newcastle United di St James' Park. - Foto AP

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool
Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui melakukan kesilapan besar ketika The Reds tewas 3-1 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tiada Salah? Kami yakin boleh! - Van Dijk
Van Dijk, percaya Liverpool mampu kekal cemerlang dalam ketiadaan Mohamed Salah.

Piala Dunia Qatar: Saingan berdepan Argentina bukan sekadar menyekat Messi - Van Dijk
Pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk berkata saingan berdepan Argentina pada suku akhir Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada Jumaat ini bukan sekadar untuk menyekat Leo Messi.

Solidariti pemain Liverpool terhadap kematian George Floyd
Barisan pemain ini melutut sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Anfield.

Jerman kalah lagi
Belanda menang 3-0, dan pastinya ia menjadi satu lagi tamparan buat pengendali Jerman, Joachim Low.

Conte akui terlepas Van Dijk
Van Dijk pantas memberikan impak apabila menanduk gol kemenangan buat The Kop dalam aksi pertamanya ketika bertemu Everton dalam saingan Piala FA.