AKSI Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Liverpool berlangsung awal pagi ini waktu Malaysia, menyaksikan kekalahan di pihak tuan rumah.

Roberto Firmino menjaringkan dua gol ketika Liverpool menundukkan Manchester United 4 - 2 di Old Trafford.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Bruno Fernandes.

The Reds ketinggalan 1 - 0 sehingga tamat babak pertama.

Pada separuh masa kedua, Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Firmino menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-45 dan 47 untuk mendahului dengan 3 - 1.

Namun, Man U kembali dekatkan kedudukan dengan jaringan pada minit ke-68.

Mohamed Salah bagaimanapun menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir permainan.

Kemenangan ke atas The Red Devils ini menghidupkan peluang untuk Liverpool menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

Pasukan itu hanya empat mata ketinggalan daripada Chelsea di kedudukan keempat.