ERIK ten Hag menyifatkan beberapa pemainnya gagal memberikan persembahan 100 peratus selepas Manchester United mensia-siakan kelebihan dua gol ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur pada awal pagi Jumaat.
United seharusnya mampu menghadirkan tekanan kepada Spurs yang sedang berdepan prestasi tidak menentu di Stadium Tottenham Hotspur selepas mendahului 2-0 menerusi jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford.
Namun, pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Pedro Porro dan Son Heung-min.
"Kami mempunyai jadual paling teruk dalam Liga Perdana Inggeris dan itu tidak akan berubah. Tetapi, kami perlu menerimanya. Ia tidak boleh dijadikan alasan.
"Masa cukup untuk pemain pulih dan mereka perlu bersedia. Namun, pemain tidak melakukannya hari ini dan kami hilang fokus.
"Saya tahu mereka bukan robot dan ia adalah jadual yang sukar. Tetapi apabila anda bermain untuk United dan bermain di tempat lawan, anda perlu memberikan semua yang ada," katanya.
United kekal enam mata di atas Spurs dan berada di kedudukan kelima liga serta mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan berbanding pasukan kendalian Ryan Mason itu.
Dalam pada itu, Mason gembira dengan semangat yang ditunjukkan para pemain sehingga mampu mengikat United.
"Saya telah banyak mendengar tentang kekurangan keyakinan dalam diri pemain tetapi saya tahu saya mereka mampu bermain dengan baik sebagai satu pasukan.
"Itu adalah tugas saya untuk memberi inspirasi kepada mereka supaya setiap kali turun bermain, pemain akan beri yang terbaik," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023
Pemain Manchester United Bruno Fernandes (kiri) membuat cubaan menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di White Hart Lane, London, England, 27 April 2023. (Foto AP)
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Tottenham buat Man Utd terpukau - Postecoglou
Postecoglou kagum dengan prestasi pasukannya sepanjang 90 minit terutama dengan permulaan pantas mereka.
EPL: Tak patut kad merah - Bruno Fernandes
Derita tuan rumah bertambah parah apabila Fernandes dibuang padang pada minit ke-42 susulan terjahannya ke atas James Maddison.
Tiga gol Tottenham tumbangkan United di Old Trafford
Gol yang dihasilkan Brennan Johnson, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke membolehkan Spurs membawa keluar tiga mata dari Old Trafford.
Ten Hag mula pertikai mentaliti Manchester United
The Red Devils kini gagal meraih kemenangan dalam aksi pembukaan pentas Eropah sejak empat musim yang lalu.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan.
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
EPL: Noussair Mazraoui syukur mentalitinya sudah berubah
Perubahan mentaliti sangat penting bagi pemain baharu Manchester United, Noussair Mazraoui, yang mahu meningkatkan tahap permainannya.
Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya.
Sokong Manchester United, Anwar tidak tahan 'disindir' cucu
Perdana menteri menegaskan beliau sememangnya penyokong setia pasukan The Red Devils.