JUARA Perisai Komuniti, Manchester City, bakal dikenakan hukuman oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) jika didapati bersalah atas 115 pertuduhan yang akan didakwa September depan.

Pada Februari 2023, The Citizen dikatakan telah melanggar beberapa peraturan penting atas tuduhan menaikkan hasil tajaan dan tidak mendedahkan maklumat perbelanjaan kewangan kelab yang tepat serta kos operasi selain tiada pelaksanaan yang telus berkenaan Financial Fair Play (FFP).

Sekiranya skuad kendalian Pep Guardiola itu tidak menyenaraikan bukti kukuh terhadap masalah tersebut dan didapati bersalah, Manchester City boleh dikenakan hukuman pemotongan mata yang banyak, bayaran penalti selain boleh menghadapi penyingkiran ke liga divisyen kedua.

Kendatipun begitu, juara EPL itu kerap menafikan sebarang salah laku tersebut dan mempunyai maklumat yang tepat untuk dibicarakan di mahkamah.


#bola sepak##EPL#Liga Perdana Inggeris#FFP#Financial Fair Play