Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menjadi individu paling gembira apabila meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima dalam kerjaya bola sepaknya, malam tadi.
Jurulatih kelahiran Australia berusia 53 tahun itu, sebelum ini menjulang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada edisi 1995, 1996 serta 1997 sebagai pemain, dan pada 2015 selaku ketua jurulatih Selangor.
Perak merangkul kejuaran Piala Malaysia buat kali kelapan selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam aksi 120 minit, termasuk 30 minit masa tambahan di Stadium Shah Alam.
Sebelum ini, skuad Seladang memenangi Piala Malaysia pada 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000.
"Menjulang kejuaraan ini bersama Perak selepas beberapa tahun dan memenangi perlawanan ini setelah ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, adalah sesuatu yang menakjubkan, dan bagi saya, aksi malam ini akan menjadi sejarah dalam bola sepak Malaysia," katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.
"Stadium ini menyimpan banyak kenangan indah kepada saya dan keluarga kerana anak-anak saya membesar di sini, dan saya menganggap Malaysia sebagai rumah kedua," kata Durakovic yang memuji semangat juang tinggi dipamerkan anak buahnya pada perlawanan malam tadi.
Dalam pada itu, ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim mengakui tuah tidak menyebelahi skuad Penyu dalam penentuan sepakan penalti, namun masih berbangga dengan aksi cemerlang ditampilkan kebanyakan pemainnya yang beraksi buat pertama kali dalam kapasiti penonton begitu ramai.
"Bagi saya, penentuan sepakan penalti itu umpama loteri dan elemen tuah tidak bersama kami. Kami kalah kepada Perak dalam perlawanan sahaja tapi menang dalam aspek lain dan saya puji aksi pemain saya pada malam ini," katanya.
Irfan yang sah kekal bersama TFC pada musim depan mengakui hanya kapten pasukan, Brice Hermann Tchetche Kipre yang benar-benar berkesan di jentera serangan menerusi dua jaringan, walaupun beliau turut mengharapkan dua lagi pemain, Abdul Malik Mat Ariff dan K. Partiban untuk membantu skuad Penyu meraih lebih banyak gol.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 27 2018

Mehmet Durakovic (kiri) bersama Irfan Bakti Salim (kanan), Kapten Perak Shahrul Saad (dua,kiri) dan Kapten TFC, Kipre Tchetche (dua,kanan) bergambar bersama Piala Malaysia selepas sidang media di Stadium Shah Alam, 26 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.