BURNLEY 1 CHELSEA 2

Chelsea mungkin bermain dengan dua penyerang menentang Southampton dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, Isnin ini, kata pengurusnya, Antonio Conte.

Dengan Eden Hazard direhatkan menjelang pertembungan itu, Alvaro Morata dan Olivier Giroud digandingkan bersama sebagai penyerang ketika meraih kemenangan 2-1 dalam Liga Perdana di Burnley, awal pagi tadi.

Skuad The Clarets berhempas-pulas untuk menghadapi pasangan itu, tetapi Victor Moses menyinar bagi membantu Chelsea merekodkan kemenangan berturut-turut.

Dan Conte yang terkesan memberi pentunjuk bahawa dia akan mempertimbangkan untuk memilih formasi 3-5-2 sekali lagi dalam Piala FA selepas menandakan kejayaan ke-100 selaku pengurus, dengan kemenangan itu merapatkan jurang kepada lima mata di antara skuad Blues dan kelompok empat teratas.

"Kami bermain dengan baik menentang pasukan yang sukar kerana tidak mudah bermain melawan Burnley," kata Conte kepada BBC Sport.

"Kedua-dua penyerang itu bekerja dengan baik, mereka bermain dengan hebat, semuanya bermain dengan intensif.

"Ini adalah pilihan yang sangat baik (dua penyerang). Pada masa lalu sangat sukar bagi saya untuk mencuba pilihan ini dengan dua penyerang itu tetapi mereka menunjukkan satu hubungan dan gabungan hebat. Pada masa sama mereka bekerja keras untuk pasukan.

"Kami pasti akan cuba untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA, tetapi tidak semudah itu tetapi kami mesti bersedia untuk berjuang, saya lihat semangat yang hebat malam ini.

Sean Dyche menyaksikan rentetan lima kemenangan Burnley berakhir apabila mereka terlepas peluang untuk melonjak ke tangga keenam dengan memintas Arsenal.

Tetapi Clarets yang kini lapan mata di atas pesaing terdekat, Leicester City, dengan berada tempat ketujuh sudah cukup untuk memastikan kelayakan Eropah selagi Southampton tidak memenangi Piala FA, dan Dyche memuji prestasi pasukannya menentang juara musim lalu.

"Mereka mempunyai beberapa saat dan peluang keemasaan dalam perlawanan buruk kami. Tetapi kami bertahan dengan kukuh, kami beberapa kali berkesan untuk mencuba membuka perlawanan," kata Dyche kepada Sky Sports.

"Saya ada mendengar aduan dari kem mereka tetapi mereka masih skuad teratas.

"Ia tidak mudah untuk keluar daripada ketinggalan 1-0 tetapi kami melakukannya, pastinya tiada kekecewaan kerana kami bermain dengan skuad teratas."