BARCELONA berjaya atasi Arsenal 2-0 dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Arsenal bakal berdepan tugas getir di Nou Camp selepas tewas kepada Barcelona 2-0 di Stadium Emirates.

Lionel Messi menjaringkan kedua-dua gol dalam pertembungan yang memihak skuad kendalian Luis Enrique.

Di babak awal perlawanan, Arsenal lebih banyak melakukan serangan ke arah pintu gol Barcelona, namun gagal menyudahkan beberapa cubaan yang dilakukan.

Jaringan pembukaan perlawanan dihasilkan pada minit ke-71, hasil daripada serangan balas pantas yang dijanakan oleh trio berbahaya Eropah Messi, Neymar dan Suarez (MSN).

The Gunners berusaha untuk menyamakan kedudukan, Danny Welbeck melakukan hantaran kepada Ramsey, tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Barcelona Marc Ter Stegen.

Messi menggandakan jaringan pada minit ke-83, pemain tengah Arsenal Mathieu Flamini melakukan asakan terhadap Messi di dalam kotak penalti.

Ini merupakan kali pertama Messi berjaya menewaskan bekas penjaga gol Chelsea, Petr Cech dalam tujuh pertembungan.

Barcelona yang mempunyai bekalan dua gol di tempat lawan sememangnya dilihat sudah selangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Walaubagaimanapun, penyandang juara itu akan ketiadaan tonggak pertahanan Gerard Pique selepas dilayangkan kad kuning dan terlepas aksi timbal balik di Nou Camp.