KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia memulakan kempen mereka di Kejohanan Trek dan Padang Singapura ke-82 2022 dengan memenangi dua emas dan satu gangsa hari ini.
Pelari pecut remaja Muhammad Azeem Fahmi mengungguli acara 200 meter (m) dengan mencatatkan 21.52 saat (s), meninggalkan pelari tuan rumah Reuben Rainer (21.59s) dan Jonathan Bull (23.13s) mewakili Kelab Wings Athletics.
Seorang lagi pelari pecut negara Jonathan Nyepa, di tempat kelima dengan 31.62s.
Terdahulu, Muhammad Azeem, 17, mencatatkan 21.78s pada Saringan 2, manakala Jonathan keempat dengan catatan 22.45.
Sementara K. Prabudass berjaya memenangi acara 1,500m lelaki dengan mencatatkan masa tiga minit dan 54.23s.
Pingat perak dan gangsa dimenangi Alfrence Braza (3:59.19s) dari Filipina dan atlet tuan rumah S. Jeevaneesh (4:00.99s), manakala seorang lagi wakil Malaysia, Mohammad Amirul Arif Mohd Azri menduduki tempat kelima dengan 4:15.85s.
Bekas juara Paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli pula membawa pulang pingat gangsa dalam acara lontar peluru dengan mencatatkan jarak terbaik musim ini iaitu 16.54m, lebih baik sedikit dari catatan 16.27m di Terbuka Malaysia, awal bulan lepas.
Atlet Filipina memenangi emas dan perak apabila John Albert Mantua mencatatkan 17.33m manakala William Edward Morrison (16.61m).
Seorang lagi atlet Malaysia Farm Loong Deng menduduki tempat keempat dengan catatan 16.44m.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Pelari pecut remaja Muhammad Azeem Fahmi mengungguli acara 200 meter (m) dengan mencatatkan 21.52 saat (s), meninggalkan pelari tuan rumah Reuben Rainer (21.59s) dan Jonathan Bull (23.13s) mewakili Kelab Wings Athletics. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jonathan Nyepa gegar Singapura
Atlet kebangsaan, Jonathan Nyepa muncul raja pecut dan membantu kuartet lelaki 4x100 meter (m) meraih pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Trek dan Padang Singapura ke-82 2022, hari ini.

Dua emas, satu gangsa di Kejohanan Trek dan Padang Singapura
Kontinjen Malaysia memulakan kempen mereka di Kejohanan Trek dan Padang Singapura ke-82 2022 dengan memenangi dua emas dan satu gangsa hari ini.