KUALA LUMPUR: Walaupun jaringannya dibatalkan, pemain pertahanan negara Dominic Tan tetap berpuas hati selepas berjaya membantu Malaysia mengatasi Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 malam tadi.
Pemain Sabah FC itu menyifatkan kekecewaannya terubat apabila pasukan terutama benteng pertahanan berjaya mengekang skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan daripada mencetak jaringan pada aksi sengit di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu.
Menjelang aksi timbal balik di gelanggang lawan Selasa depan, beliau yang enggan berputus asa memburu gol pertama di pentas antarabangsa, berharap pasukan dapat mempertahankan kelebihan 1-0 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final.
"Saya berpuas hati sebab dapat clean sheet, patutnya 2-0 tapi inilah bola sepak, kita akan bawa momentum ini ke Thailand.
"Sebenarnya ia bagus untuk mendapatkan gol pertama saya untuk Malaysia tetapi ia bukan rezeki saya, saya akan cuba lagi dan yang penting kita menang dan clean sheet," kata pemain berusia 25 tahun itu ketika ditemui selepas perlawanan, malam tadi.
Pada pertembungan mendebarkan itu, Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan Thailand menerusi gol kemenangan pemain sayap sensasi, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-11.
Mengulas mengenai gol tandukannya pada minit ke-55 yang dibatalkan pengadil Kim Dae Yong dari Korea Selatan kerana mendakwa terdapat kekasaran dibuat pemain negara dalam kotak penalti, Dominic menafikan beliau melakukan kekerasan dalam perebutan bola di udara.
Sementara itu, seorang lagi pemain pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar merasakan pasukan negara tidak boleh hanya bermain secara bertahan apabila bertandang ke Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani dalam kemuncak perebutan slot ke final.
Menurut pemain muda Selangor FC itu, bermain secara bertahan lebih penat terutama bagi benteng pertahanan seperti yang dihadapi semalam.
"Bagi saya kita tak boleh bertahan dalam 90 minit di sana, kita perlu juga menyerang, jadi apa sahaja perancangan jurulatih kami akan terap di padang," katanya.
Malaysia yang merupakan juara edisi 2010 dijadual berlepas ke Thailand hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Buru gol pertama di pentas antarabangsa, Dominic harap pasukan dapat mempertahankan kelebihan 1-0 untuk mengesahkan kemaraan ke final. - Instagram @dominictjj
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Dominic optimis buru gol sulung bersama pasukan negara
Buru gol pertama di pentas antarabangsa, Dominic harap pasukan dapat mempertahankan kelebihan 1-0 untuk mengesahkan kemaraan ke final.