Ketua jurulatih Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh dilantik sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya untuk tempoh dua tahun.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pelantikan jurulatih berusia 50 tahun itu mendapat persetujuan sebulat suara anggota exco FAM berbanding dua lagi calon asing, berdasarkan rekod cemerlangnya membantu beberapa pasukan tempatan meraih pelbagai kejuaraan.
"Jawatankuasa FAM bersetuju memberi peluang kepada jurulatih tempatan lebih-lebih lagi skuad negara akan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Vietnam pada November ini.
"Kita akan minta Dollah mengemukakan barisan kejurulatihan bagi memudahkannya mengendalikan skuad kebangsaan," kata Afandi kepada pemberita selepas mesyuarat pertama exco FAM sesi 2014-2018 yang dipengerusikan presiden baharu FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya hari ini.
Sebelum ini, FAM turut menyenaraikan dua jurulatih asing kelahiran Jerman, Gert Engels dan Wolfgang Sidka sebagai antara tiga calon akhir bagi jawatan itu yang kosong sejak 31 Dis lepas susulan kontrak Datuk K. Rajagobal tidak diperbaharui.
Ditanya mengenai kontrak Dollah dengan PDRM yang hanya tamat November ini, Afandi berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan juara Liga Perdana 2014 itu.
"Kita berharap dapat menyelesaikan baki kontrak antara PDRM dengan Dollah dalam masa terdekat. Dollah sudah dimaklumkan mengenai pelantikan beliau," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sudah mengatur empat aksi 'pemanas badan' untuk skuad Harimau Malaya sebelum menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014.
Perlawanan itu ialah menentang Tajikistan pada 6 Ogos; Singapura (6 Sept); Jordan (11 Okt) dan satu lagi negara yang belum ditentukan pada 18 Nov.
Antara kejayaan yang pernah diraih Dollah ialah membawa pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) selaku pasukan kelab pertama muncul juara Piala Malaysia pada 2003 selain membawa Selangor meraih kejuaraan trebel - Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana pada 2005.
Bernama
Sat Jun 28 2014
![Dollah Salleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya Dollah Salleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383523513_295x200.jpg)
Pelantikan jurulatih berusia 50 tahun itu mendapat persetujuan sebulat suara anggota exco FAM - Gambar Fail
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547791419_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.
![KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554473024_AfandiHamzah.jpg)
KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
![Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71505659742_BibiRamjani.jpg)
Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.
![KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482988225_KAFA.jpg)
KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
![Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481815438_KAFA.jpg)
Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.
![Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81480572227_AfandiHamzah.jpg)
Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.
![Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446568751_MalaysiaFootballFe.jpg)
Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.
!['FAM teliti dakwaan TMJ' 'FAM teliti dakwaan TMJ'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41462808594_FAM.jpg)
'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.
![Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41462808594_FAM.jpg)
Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.
![FAM setuju tindakan FIFA FAM setuju tindakan FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446568751_MalaysiaFootballFe.jpg)
FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses