KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Danial Syahmi Ahmad Shahril terpaksa berehat lebih tiga minggu daripada saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejuaraan Dunia JuniorGP, akibat kecederaan patah tulang pada buku lali kiri.
Pelumba berusia 21 tahun itu yang mengalami kecederaan berkenaan ketika sesi kelayakan Red Bull Rookies Cup di Jerez minggu lepas, bagaimanapun selamat menjalani pembedahan selama empat jam di Hospital Universiti Dexeus, Barcelona awal pagi tadi.
"Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk mendoakan saya dan saya tidak sabar untuk kembali dalam trek secepat mungkin. Insya-Allah saya akan berlumba kembali sebaik pulih," kata Danial Syahmi menerusi audio yang dikongsikan oleh ZK Racing.
Kru pasukan ZK Racing juga berjanji untuk menemani beliau sepanjang proses pemulihan itu, termasuk ketika menjalani fisioterapi dan rawatan selanjutnya.
Kecederaan itu menyebabkan Danial Syahmi terlepas peluang beraksi pada pusingan pertama JuniorGP di Litar Estoril, Portugal bermula Jumaat lepas hingga esok, dan pusingan kedua di Ricardo Tormo, Sepanyol bermula 19-21 Mei.
Beliau juga tidak dapat menyertai pusingan ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup di Le Mans, Perancis bermula hujung minggu depan (13-14 Mei).
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
"Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk mendoakan saya dan saya tidak sabar untuk kembali dalam trek secepat mungkin." - Facebook Danial Syahmi
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Trio pecut kini intai pingat Sukan Asia
Muhammad Fadhil, Muhammad Ridwan dan Umar Hasbullah mendapat kepercayaan ketua jurulatih negara untuk beraksi di Sukan Asia bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Beasley kagum prestasi trio pecut berpasukan, mungkin dibariskan di Hangzhou
Ketua Jurulatih berbasikal trek negara John Beasley, ternyata kagum dengan prestasi gandingan tiga pelumba muda, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah.
Danial Syahmi selesai jalani pembedahan selepas kecederaan di Litar Jerez
Pelumba muda negara itu mengalami kecederaan berkenaan ketika sesi kelayakan Red Bull Rookies Cup di Jerez minggu lepas.
Rawatan sel stem bawa pelumba muda beraksi semula
Menariknya, remaja berusia 18 tahun itu yang pada awalnya dilihat tiada lagi harapan untuk kakinya diselamatkan bakal menyertai Kejohanan Superbike Malaysia, pada minggu depan.