PENYERANG Real Madrid, Gareth Bale, tidak faham mengapa dia dikritik hebat kerana bermain golf sambil menegaskan minatnya terhadap sukan itu telah menjadikannya pemain bola sepak yang lebih baik.
Bale menjadi perhatian di Sepanyol kerana dianggap terlalu memikirkan golf dan tidak bermain dengan sepenuh hati untuk Madrid, di mana dia telah dilanda masalah kecederaan dalam beberapa tahun terakhir.
Pemain antarabangsa Wales itu diberi jolokan 'Golfer' oleh rakan sepasukannya di ibu kota Sepanyol itu selain turut mengundang kemarahan penyokong Madrid November lalu dengan mengibarkan bendera yang tertera urutan perkataan "Wales. Golf. Madrid.".
Begitupun, pemain berkaki kidal itu mempertahankan tindakannya bermain golf dengan memberikan contoh bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, yang juga gemar bermain golf dan pernah beraksi Jelajah Korn Ferry sebagai contoh.
"Banyak orang tidak berpuas hati dengan saya kerana bermain golf, saya tidak tahu apa sebabnya," katanya dalam podcast Erik Anders Lang Show.
"Saya telah mendapatkan nasihat doktor dan semua orang tiada masalah mengenainya.
"Media memiliki persepsi bahawa ia tidak baik buat saya: 'Anda harus berehat kerana ia boleh menyebabkan masalah, cedera.' Di Amerika Syarikat (AS), Steph Curry juga bermain golf pada sebelah pagi hari perlawanan.
"Di sini, jika saya bermain dua hari sebelum perlawanan, ia akan mencetuskan tanggapan, 'Apakah yang dia sedang lakukan?'
"Saya hanya menggemarinya dengan memikirkan ada 18 lubang di depan saya. Saya dapat menjauhkan diri daripada bola sepak, perkara negatif yang sedang terjadi dan mengatur semula minda.
"Keesokan harinya, saya akan berasa lebih segar sedikit dan bersedia untuk beraksi selain menumpukan perhatian serta berasa lebih baik mengenai bola sepak."
Bale kembali berlatih bersama Madrid dengan aksi LaLiga dijangka kembali 11 Jun, tiga bulan selepas saingan musim ini tertangguh kerana wabak novel koronavirus (COVID-19).
Walaupun hanya menyumbangkan dua gol dan dua bantuan jaringan dalam 14 penampilan liga, tongggak berusia 30 tahun itu masih berpuas hati dengan persembahannya musim ini.
"Perkara terpenting dalam bola sepak ketika ini, semuanya berkisarkan keputusan. Itulah masalahnya," katanya.
"Anda mungkin beraksi dengan luar biasa, tidak mencetak jaringan dalam lima perlawanan dan semua orang akan mula berkata, 'dia mengalami tempoh yang mengerikan.'
"Orang ramai suka gol, bantuan jaringan dan 'wau'. Kadangkala ia tidak berlaku. Apabila saya beraksi dengan hebat kemudian menjaringkan dua gol, semua orang akan berkata, 'Permainan hebat.'
"Setiap orang boleh mempunyai pendapat mereka sendiri, selagi saya tahu saya telah mencuba yang terbaik dan beraksi dengan sebaik mungkin, maka saya gembira atas usaha itu."
Astro Arena
Wed May 27 2020

Banyak orang tidak berpuas hati dengan saya kerana bermain golf, saya tidak tahu apa sebabnya, kata Gareth Bale. - Foto Astro ARENA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid