KUALA LUMPUR: Kes kecurian kabel lampu limpah hampir pasti tidak akan menghalang Perak FC daripada beraksi di laman sendiri, pada aksi pembukaan Liga Super 2023 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC) di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam yang kesal dengan insiden kecurian kabel salah satu tiang lampu limpah di gelanggang keramat Perak itu, berkata pihaknya telah dimaklumkan kerja-kerja menggantikan kabel yang dicuri sedang dilakukan.
Beliau berkata MFL akan terus berhubung dengan Perak, bagi memastikan segala isu dapat diselesaikan sebelum hari perlawanan.
"Kita (MFL) ada beberapa cadangan (pelan kontingensi) tetapi saya tak mahu timbulkan apa-apa spekulasi, keutamaan ialah untuk pastikan perlawanan itu dilaksanakan mengikut jadual sedia ada," katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan MFL dan Al Rajhi Banking Investment Corporation di sini, semalam.
Minggu lepas, tular di media sosial beberapa keping gambar keadaan kotak kabel lampu limpah selepas berlaku kecurian, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus yang bimbang perlu menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka pada sebelah petang.
Sepak mula Perak dan KDA FC dijadual bermula jam 9 malam.
Pada masa sama, Stuart berkata MFL juga sedang menunggu dokumen diperlukan berkaitan permohonan Terengganu FC (TFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus sebagai gelanggang tuan rumah musim ini.
"Surat pihak ketiga iaitu dari kerajaan negeri yang diperlukan, akan dihantar dalam masa dua atau tiga hari lagi, saya rasa tiada masalah di peringkat TFC kerana mereka pun akan main dua perlawanan pertama di tempat lawan, jadi masih ada masa," katanya.
Ketika ditanya apakah isu sebenar berhubung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Stuart enggan menjawab dan menyerahkan kepada pengurusan TFC untuk mengulasnya.
Saingan Liga Super 2023 akan membuka tirai Jumaat ini, dengan perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Sementara itu, majlis semalam menyaksikan bank digital Al Rajhi iaitu Rize menjadi Bank Digital Rasmi Liga Malaysia (Liga-M) 2023, dengan pengguna baharu dan sedia ada layak mendapat potongan harga tiket sebanyak 10 peratus selama tiga bulan, apabila mereka membayar menggunakan kad debit Rize.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Stuart (kiri) bersama CEO Al Rajhi Bank Arsalaan Ahmed menunjukkan bola yang ditandatangani simbolik perjanjian penajaan selaku Bank Digital Rasmi Liga Malaysia 2023 di Al Rajhi Bank Malaysia, Menara Hap Seng 3, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
KL City gagal kuasai derbi Lembah Klang
Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan mengumpul 43 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 28 mata.
Kelantan United ikat PDRM di Stadium Muhammad IV
PDRM membuka jaringan menerusi rembatan lencong daripada luar kotak penalti Mohamad Nabil pada minit ke-47 menewaskan Mohd Shahril Sa'ari.
Liga Super: Lee Tuck bantu Kedah atasi Sabah 2-1
Dua jaringan Lee Tuck membantu Kedah Darul Aman (KDA FC) memanjat satu anak tangga ke tempat keempat Liga Super 2023 selepas menundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.
Rembatan berkelas dunia, Akmal anggap rezeki
Bola sedikit melencong dan terus ke penjuru gawang pelawat walaupun penjaga gol sudah melayangkan diri untuk menepis percubaan Akmal.
PDRM dan Perak sekadar kongsi mata tanpa jaringan
Kedua-dua pasukan turun dengan misi mencari tiga mata penuh musim ini selepas tewas aksi pembukaan liga minggu lalu.
Liga Super: Fandi Ahmad sahkan Sri Pahang ambil dua pemain import dari Korea Selatan
Penilaian akan dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mereka akan diserap ke dalam skuad utama atau liga simpanan.
Curi kabel: Kebarangkalian tinggi aksi Perak FC, KDA FC kekal
Kesal dengan insiden kecurian itu, Stuart Ramalingam berkata pihaknya dimaklumkan kerja-kerja mengganti kabel yang dicuri sedang dilakukan.
Zainal tuntut penyerang tempatan lebih tajam, keluar dari bayang awang import
Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.