PERTAHANAN Kedah Darul Aman (KDA) FC, Akmal Zahir mengakui terkejut dengan jaringannya selepas mencuba dari luar kotak penalti pada aksi kelima Liga Super 2023 pada malam Jumaat malah penyokong turut menyifatkan gol itu sebagai rembatan berkelas dunia.
Jaringan pada minit ke-28 itu tercipta selepas bola tersebut sedikit melencong dan terus ke penjuru gawang pelawat walaupun penjaga gol Kuching City FC, Julian Garcia sudahpn melayangkan diri untuk menepis percubaan Akmal.
Penolong Ketua Pasukan KDA FC itu menganggap jaringan tersebut sebagai rezeki termasuk satu lagi jaringannya menerusi tandukan pada minit ke-49 selepas memanfaatkan hantaran sepakan sudut yang diambil oleh Lee Tuck.
"Perasaan saya sangat gembira sebab jarang-jarang dapat menaringkan gol dan malam ini dapat menjaringkan gol bantu pasukan menang.
"Saya pun terkejut bola itu (masuk gol), mungkin jadi rezeki saya bola itu masuk dan saya jaringkan dua gol malam ini," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Dua jaringan Akmal membantu KDA FC keluar sebagai pemenang selepas menewaskan Kuching City 3-0 dan satu lagi gol tuan rumah dijaringkan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-58.
Akmal yang berusia 29 tahun dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu sebelum ini beraksi di posisi penyerang sebelum memilih bermain sebagai pemain pertahanan selepas bergelar pemain profesional.
"Kali terakhir saya bermain sebagai pemain penyerang semasa belajar di UiTM Perlis pada tahun 2014. Teknik untuk menjaringkan gol itu masih ada lagi tapi bila bermain di posisi pertahanan saya lebih fokus kepada bahagian saya.
"Tapi bila ada peluang saya cuba manfaatkan. Alhamdulilah bola itu masuk. Terkejut juga masuk sebab itu saya gembira sangat yang penting pasukan menang," ujar anak jati Kedah itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023
![Rembatan berkelas dunia, Akmal anggap rezeki Rembatan berkelas dunia, Akmal anggap rezeki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679116209_TBkedahfc.jpg)
Dua jaringan Akmal (kanan) membantu KDA FC keluar sebagai pemenang selepas menewaskan Kuching City 3-0. - Foto Facebook Kedah Darul Aman FC
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713767368_tbtunggakangaji.jpg)
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
![Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665421303_KDAFC.jpg)
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
![MFL minta maklumat tambahan dari Kedah MFL minta maklumat tambahan dari Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676728188_TBStuartRamalingam.jpg)
MFL minta maklumat tambahan dari Kedah
Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat.
!['Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah 'Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707695742_sanusi.jpg)
'Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah
Biarpun KDA FC bukan dimiliki oleh kerajaan negeri, namun ia membawa nama Kedah dalam arena bola sepak negara.
![Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707012025_kedah.jpg)
Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham
Tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari KDA FC berkenaan perlawanan yang dirancang dengan kelab dari Brazil, Santos.
![Pertahanan KDA FC kemalangan Pertahanan KDA FC kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704256380_TBAmirulHisyam.jpg)
Pertahanan KDA FC kemalangan
Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Amirul Hisyam Awang Kecik mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan di Bandaraya Alor Setar pada Selasa.
![Kedah nafi tandatangani bintang K-League Kedah nafi tandatangani bintang K-League](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703462663_TBOsmarBarba.jpg)
Kedah nafi tandatangani bintang K-League
Pengurus Kedah Darul Aman FC, Zul Fadli Rozi, menafikan kehadiran bekas pertahanan FC Seoul berkenaan.
![Spekulasi perpindahan: Kedah dapatkan pertahanan tengah FC Seoul? Spekulasi perpindahan: Kedah dapatkan pertahanan tengah FC Seoul?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703159376_KedahDarulAmanFC.jpg)
Spekulasi perpindahan: Kedah dapatkan pertahanan tengah FC Seoul?
Kedah Darul Aman FC kini hangat dikaitkan untuk mendapatkan pertahanan tengah dari kelab Liga Korea Selatan (K-League), Osmar Barba, bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
![Terima kasih Amri Yahyah Terima kasih Amri Yahyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702800775_AmriYahyah.jpg)
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
![Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699312083_SalamTakziah.jpg)
Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia
Bakar difahamkan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar kerana tidak sihat dan tidak selesa bernafas pada Rabu lalu.