PHILIPPE Coutinho bakal menyarung jersi Blaugrana dengan nombor 7 selepas pemain Brazil itu melengkapkan perpindahannya ke Barcelona dari Liverpool yang bernilai 160 juta Euro (RM770 juta), menurut laporan radio Sepanyol, Onda Cero.
Nombor tersebut ketika ini dipakai Arda Turan, bagaimanapun pemain tengah berusia 30 tahun itu tidak beraksi musim ini dan dijangka meninggalkan Nou Camp pada jendela perpindahan Januari ini.
Coutinho dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Barcelona yang baharu pada Isnin dan berkemungkinan melakukan aksi debut menentang Celta Vigo dalam saingan Copa del Rey pada Khamis.
Dia juga dijangka akan menonton aksi rakan sepasukan baharunya apabila Barcelona bertemu Levante di Nou Camp pada Ahad.
https://twitter.com/FCBarcelona/status/949771091223826432
Terdahulu, Coutinho terbang ke Barcelona pada Sabtu petang (waktu tempatan) untuk memuktamadkan penghijrahannya selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran rekod itu, selepas tiga kali ‘lamaran’ ditolak Liverpool pada jendela perpindahan musim panas.
Coutinho mengikat kontrak selama lima tahun setengah termasuk klausa pelepasan bernilai 400 juta Euro (RM1.9 bilion) bersama pendahulu La Liga itu, yuran kedua termahal selepas pembelian Neymar oleh kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Sementara itu pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dalam reaksinya kepada pemergian Coutinho menyatakan bahawa Liverpool telah melakukan segala yang terdaya untuk memujuk pemain berusia 25 tahun itu supaya kekal di Anfield.
“Sudah pasti, ia sangat difahami bahawa penyokong akan kecewa; ini selalu terjadi apabila anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang istimewa. Namun, seberat mana hakikat perlu diterima, ia adalah sebahagian daripada hidup dan sebahagian daripada bola sepak - individu mempunyai impian, sasaran dan objektif masing-masing dalam hidup.
“Saya sudah berada di sini cukup lama sekarang untuk mengetahui dalam sejarah Liverpool, pemain penting meninggalkan kelab - tetapi kelab akan tetap meneruskan haluannya. Anda tidak boleh memindahkan hati dan nyawa Liverpool FC, walaupun saya pasti banyak kelab mahu membelinya,” kata pengendali Jerman itu kepada penyokong Liverpool menerusi kenyataan di laman web rasmi kelab tersebut.
Israr Khalid
Sun Jan 07 2018

Coutinho sah sebagai pemain Barcelona dengan yuran perpindahan rekod kedua termahal dunia - Foto FC Barcelona Official Website

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.

Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.

Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.

Salah lebar rekod jaringan di Anfield
Bintang Liverpool itu meledak dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brentford.

EPL: Gol Van Dijk, Salah buka peluang Liverpool rebut kelompok empat teratas
Kemenangan itu juga menyaksikan Liverpool kini melonjak ke tangga keenam EPL dalam pemburuan mereka untuk mendapatkan penamat empat teratas.

Jiwa Salah masih Liverpool
Salah bakal menjadi ejen bebas pada hujung musim depan jika dia tidak menyambung kontraknya.

Zidane tabik kekentalan Los Blancos di Anfield
Pemain-pemain Real Madrid berdepan tekanan cukup hebat Liverpool yang tampil dengan misi keajaiban pada perlawanan tersebut.

UCL: Zidane akui Real mahu lebih daripada separuh akhir
Real layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2018 selepas seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Liverpool bagi memastikan kemenangan 3-1 secara agregat.

Masa untuk tinggalkan Liverpool? Kita lihat apa akan berlaku - Salah
Salah memiliki kontrak bersama Liverpool sehingga 2023, tetapi masa depannya menjadi topik perbualan dan enggan menolak prospek menyertai Real atau Barca.

Chelsea tewaskan Liverpool di Anfield, rekod terburuk The Reds
Ia merupakan kali pertama Liverpool yang juga penyandang juara tewas lima aksi berturut-turut di gelanggang sendiri.