PETALING JAYA: "Lebih baik terlambat daripada tidak sama sekali," demikian ungkapan pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dions Cools.
Pemain benteng pertahanan skuad Harimau Malaya itu genap 26 tahun pada Sabtu, tetapi beliau sanggup menunggu lebih lama untuk menerima 'hadiah hari jadi' yang lebih bermakna iaitu membantu skuad negara layak ke Piala Asia 2023.
"Saya harap kami boleh melayakkan diri dan segala-galanya akan menjadi sempurna...iaitu hadiah hari jadi sebenar untuk saya ketika itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, pemain yang berpangkalan di Belgium itu, mengakui lebih gemar bermain di bahagian bek tengah kerana ia membantunya melihat dengan jelas situasi di atas padang.
"Kadang-kadang apabila saya bermain di bahagian belakang kanan, agak sukar untuk membantu bahagian kiri tetapi jika mereka memerlukan saya bermain di sebelah kanan, kiri atau mana-mana tempat, saya akan sentiasa cuba beraksi dengan baik," tambahnya.
Cools gembira dapat mengikuti kem latihan skuad kebangsaan awal kali ini selepas hanya menyertai dua kali sesi latihan kem nasional pada saat-saat akhir menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Piala AFF di Singapura tahun lalu.
Susulan penyertaan kem latihan lebih awal, pemain pasukan SV Zulte Waregem di Liga Belgium itu, percaya ia pasti membantu unuk mengetahui lebih lanjut rancangan ketua jurulatih Kim Pan Gon menjelang pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu depan.
Bukan itu sahaja, Cools berkata ketibaan awalnya di kem latihan juga akan memberi manfaat kepada Pan Gon untuk mengumpulkan semua pemain pada satu-satu masa serta memastikan sesi latihan berjalan lancar.
Walaupun telah mengesahkan kedudukan sebagai kesebelasahan utama dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut menentang Brunei dan Hong Kong baru-baru ini, namun pemain kelahiran Kuching, Sarawak itu menganggap dirinya masih perlu bersaing dengan pemain lain untuk mengekalkan kedudukannya.
Memandangkan pasukan negara telah mencatatkan dua kemenangan menentang Brunei, 4-0, dan Hong Kong, 2-0, Cools berkata mood di sekeliling pasukan negara sememangnya positif tetapi mengingatkan rakan sepasukannya bahawa cabaran sebenar bermula minggu depan.
Dalam saingan Kumpulan E pada pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia akan menentang Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Cools mengakui lebih gemar bermain di bahagian bek tengah kerana ia membantunya melihat dengan jelas situasi di atas padang. -Bernama
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Cools 'sabar' tunggu hadiah hari jadi
Cools mengakui lebih gemar bermain di bahagian bek tengah kerana ia membantunya melihat dengan jelas situasi di atas padang.