TONGGAK Harimau Malaya, Dion Cools menyifatkan pemilihannya antara tiga kapten pasukan bagi mengharungi saingan Piala Raja Thai ke-48 (48th King’s Cup) di Chiang Mai, Thailand satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.
Menurut Cools, pemilihannya itu mungkin disebabkan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu memanfaatkan segala pengalaman yang dimilikinya ketika beraksi di Eropah.
"Pemilihan saya kali ini mungkin disebabkan pengalaman dimiliki, tambahan pula saya mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan sepasukan.
“Kami sudah memahami corak permainan antara satu sama lain dan mahu bermain bersama-sama sebagai satu pasukan.
“Secara keseluruhanya, saya gembira apabila dapat kembali beraksi di posisi sebenar (pertahanan), iaitu posisi di mana saya sering membantu pasukan saya ketika beraksi di Eropah,” katanya pada Rabu.
Untuk rekod, Cools merupakan salah seorang pemain yang dipilih selaku kapten selain Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad bagi mengharungi kejohanan jemputan berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Chiang Mai, mulai 22 hingga 25 September ini.
Skuad negara dijadualkan berdepan tuan rumah Thailand pada Khamis sebelum berdepan sama ada Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada Ahad, bergantung kepada keputusan dengan Thailand.
Sementara itu, pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nazmi Faiz Mansor berazam untuk beraksi dalam kesebelasan utama berdepan Thailand, pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, segala keputusan berhubung perkara berkenaan terletak sepenuhnya kepada Pan-gon, yang pastinya memiliki idea tersendiri mengenai kesebelasan utama yang bakal beraksi kelak.
“Jika diberikan peluang, memang saya mahu beraksi dalam kesebelasan utama, tetapi coach (Pan-gon) ada idea tersendiri yang kita tidak tahu.
“Ada special kat situ terutamanya dalam pertukaran pemain. Apa pun kesemua pemain perlu bersedia dan bagi saya paling penting adalah disiplin dan berikan 100 peratus dalam setiap game kerana kita nak menang piala ini,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 22 2022

Cools (kiri) merupakan salah seorang daripada tiga pemain yang dipilih selaku kapten bagi mengharungi kejohanan Piala Raja Thai ke-48 yang dijadual berlangsung di Chiang Mai, mulai 22 hingga 25 Sept ini. - Foto Facebook FAM
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Sudah tiba masa untuk tunjuk taring di China - Cools
Kapten skuad Harimau Malaya menyeru rakan sepasukan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

Harimau Malaya bakal guna 'senjata rahsia' di UAE?
Spekulasi bertiup kencang bahawa pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools, akan menyertai skuad kendalian Tan Cheng Hoe.