Projek Khas kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat komitmen serta sokongan penuh jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta dua jurulatihnya.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek tersebut bukan sahaja dapat membantu pemain nombor satu dunia itu memburu kejuaraan dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini tetapi dapat mencurahkan ilmu kepada lima rakan sepelatih iaitu pelapis perseorangan negara.
"Chong Wei tahu sejak dulu lagi, pendekatan BAM adalah serampang dua mata. BAM sentiasa menyokong serta membantunya termasuk menyediakan segala keperluannya untuk persediaan Kejohanan Dunia nanti.
"Namun Chong Wei mesti memberikan komitmen membantu lima pemain rakan sepelatih menjadi lebih kompetitif dan dapat menghasilkan standard tinggi dalam kalangan pemain pelapis itu.
"Saya rasa Chong Wei faham tentang tanggungjawabnya begitu juga dengan jurulatih Hendrawan dan Tey Seu Bock," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Norza berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang komen negatif daripada Chong Wei mengenai projek tersebut.
Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM sebelum ini bersetuju melantik Hendrawan sebagai ketua projek tersebut dan dibantu Seu Bock.
Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.
Projek Khas itu akan dilaksanakan sehingga tamat Kejohanan Dunia tanpa melibatkan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.
Mohamad Norza berkata lima rakan sepelatih itu perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan prestasi masing-masing supaya jurang prestasi mereka dengan Chong Wei tidak ketinggalan jauh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
Mohamad Norza berkata, Chong Wei faham tentang tanggungjawabnya.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.
Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.
BAM sedia bantu Xi Quan dengan rawatan pemulihan
Persatuan Badminton Malaysia sedia tawar Ng Qi Xuan jalani rawatan pemulihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) susulan kecederaan lutut.
Jacky ingin nikmati baki aksi sebagai pemain BAM
Jacky menghargai barisan kejurulatihan dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi sepanjang bersama BAM sejak 2015.
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.