Pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei tetap menganggap laluan memburu kejuaraan kesembilan pada Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2013 tetap berliku walaupun beberapa pemain ternama dunia mengambil keputusan menarik diri.
Beliau berkata penarikan diri Boonsak Ponsana dari Thailand yang sepatutnya menjadi lawan beliau pada pusingan kedua hari ini bukan satu tiket yang menjamin kedudukan beliau untuk merangkul kejuaraan kedua tahun ini selepas Terbuka Korea minggu lepas.
Sebagai rekod, Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali iaitu pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
"Walaupun Boonsak telah menarik diri, namun lawan saya (pada pusingan suku akhir esok) iaitu Hu Yun (dari Hong Kong) bukanlah seorang pemain yang senang untuk dikalahkan kerana kami berdua pernah bertemu di Terbuka Korea.
"Saya tidak menjangka bahawa ramai pemain ternama telah menarik diri namun saya tetap fokus untuk menghadapi satu demi satu perlawanan pada kejohanan kali ini," katanya pada sidang media di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, pada Khamis.
Bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, Taufik Hidayat semalam mengambil keputusan drastik dengan menarik diri daripada kejohanan berkenaan setelah dilanda kecederaan.
Turut memgambil keputusan untuk menarik diri ialah beregu utama negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong selepas Tan disyaki mengidap deman denggi.
Chong Wei berkata beliau akan menggunakan masa yang ada pada hari ini untuk membuat persiapan rapi menentang Hu Yun, esok.
Pada masa yang sama, beliau turut menggesa pemain perseorangan kedua negara, Liew Daren untuk menggunakan ketiadaan Taufik untuk mara lebih jauh pada kejohanan kali ini.
Liew mendapat slot percuma ke suku akhir selepas lawannya, Taufik menarik diri.
Bernama
Thu Jan 17 2013
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Chong Wei: Laluan tetap sukar di Terbuka Malaysia
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap menganggap laluan memburu kejuaraan kesembilan pada Terbuka Malaysia 2013 tetap berliku.