KUALA LUMPUR: Keyakinan diri setiap pemain menjadi elemen utama bagi memastikan skuad Harimau Malaya mampu melakar keputusan positif menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Khamis ini.
Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe berkata pasukan itu perlu bangkit memperbaiki segala kelemahan dalam dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Kuwait dan Bahrain sebelum ini, menjelang saingan di Stadium Zabeel, Dubai.
"Kita nampak dari satu perlawanan ke satu perlawanan kelancaran pasukan dan kebolehan bermain sebagai satu pasukan sudah meningkat, tetapi sudah tentu banyak lagi perlu diperbaiki seperti dari segi hantaran bola dan dari sudut membuat keputusan ketika bertahan mahupun menyerang," katanya pada sidang media secara dalam talian, dari Manama, Bahrain pada Ahad.
Malaysia tewas 1-4 kepada Kuwait dalam aksi pemanas badan di Dubai, Ahad lepas, sebelum tunduk 0-2 kepada Bahrain dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, semalam.
Berbaki beberapa hari sebelum pertembungan itu, Cheng Hoe yang menyambut hari jadi ke-53 hari ini berkata, aspek taktikal ketika bertahan adalah sebahagian daripada tumpuan utama barisan kejurulatihan dalam usaha memperkemaskan permainan skuad itu.
Jelas beliau ia susulan kegagalan bahagian pertahanan pasukan negara mengekang asakan pihak lawan dengan baik, selain beberapa kesilapan individu yang dikesan dalam dua aksi persahabatan sebelum ini.
"Dua perlawanan kita mudah dibolosi, agak ketara, tapi ia berlaku disebabkan kesilapan individu dan saya rasa ia boleh diperbaiki.
"Kita harap sesiapa diturunkan dapat beri tumpuan 100 peratus dalam perlawanan menentang UAE yang cukup penting," tambah Cheng Hoe.
Sementara itu, pemain tengah Brendan Gan menjangkakan skuad kebangsaan bakal berdepan saingan sengit dari pihak lawan yang akan membariskan beberapa pemain baharu, selain mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
Brendan menggesa rakan sepasukannya agar yaikin dengan kebolehan mereka dan lebih fokus untuk meningkatkan kualiti permainan dan seterusnya membantu pasukan mencipta kejayaan dalam kempen kelayakan untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Brendan tidak akan turun pada aksi bertemu UAE susulan hukuman penggantungan satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning dalam kempen kelayakan itu sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
Tan Cheng Hoe berkata pasukan itu perlu bangkit memperbaiki segala kelemahan dalam dua aksi persahabatan antarabangsa. -Bernama
Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kritik Menteri Pelancongan isu papan tanda dwibahasa
Dewan Rakyat kecoh selepas Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tidak benar dan memalukan.
Lubang enam meter di Jalan Lojing-Gua Musang sedang dibaiki - Polis
Sebuah lubang sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini sedang dibaiki, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.
Kestabilan, dasar jelas kunci utama menarik pelabur - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam bidang perindustrian misalnya Malaysia memberikan rangka kerja dan penambahbaikan hingga kini menjadi hab semikonduktor utama di rantau ASEAN.
KDN hormati keputusan mahkamah pulangkan 172 jam Swatch
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' dirampas tahun lalu dikembalikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.
Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius.
PBB optimis INC-5 berakhir dengan perjanjian konstruktif
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) optimis bahawa rundingan di Korea Selatan bertujuan meratifikasikan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran disebabkan plastik dapat dipersetujui.
[TERKINI] Suspek bunuh ibu simpan mayat dalam peti sejuk didakwa esok
Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku di kediamannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, didakwa esok.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.