Semua pihak perlu mencari penyelesaian bersama untuk meningkat ranking kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaysia, kata Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar.
Beliau berkata tindakan pihak tertentu yang hanya pandai mengemukakan komen tanpa mencari jalan penyelesaian amat dikesali dan perlu dihentikan dalam usaha meningkatkan prestasi dan mutu permainan skuad negara.
Katanya amat menghairankan apabila prestasi dan ranking Harimau Malaysia merosot tetapi pada masa sama kelab Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan prestasi amat baik terutama ketika menjulang Piala AFC tahun lepas.
"Memang kita sedar, kita akui kemerosotan ranking kita. Kemerosotan pasukan kebangsaan kita sekarang ini makin jatuh tetapi mereka bertanggungjawab sepatutnya mencari idea atau memikirkan kaedah terbaik membangunkan semula bola sepak," katanya kepada pemberita malam tadi.
Beliau yang merupakan pemain Terengganu dan bekas pemain kebangsaan ditemui selepas perlawanan antara Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkesudahan PDRM menang 3-1.
Harimau Malaysia kini dilapor berada pada ranking ke-174 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebaris dengan pasukan Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).
Hairuddin berkata sudah tiba masanya penumpuan serta fokus diletakkan pada sukan bola sepak dan tidak hanya melihat kepada sukan berprestasi tinggi yang sudah meletakkan Malaysia di ranking tertinggi dunia seperti badminton.
"Pihak bertanggungjawab dalam industri bola sepak negara perlu mengkaji dan melihat permasalahan yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti industri bola sepak negara," katanya.
Bernama
Mon Apr 11 2016

HAIRUDDIN: Mereka bertanggungjawab sepatutnya mencari idea atau memikirkan kaedah terbaik membangunkan semula bola sepak.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pendekatan Harimau Malaya berdepan ujian - Hairuddin
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Hairuddin Omar, melabel Malaysia kini tersepit dalam misi wajib menang bagi baki perlawanan pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

PFAM minta FMLLP teliti semula jadual Liga Malaysia
PFAM mendapati kebanyakan jadual perlawanan liga tidak memperuntukan tempoh rehat yang mencukupi iaitu minimum tiga hari antara setiap dua perlawanan.

Cari penyelesaian tingkat prestasi Harimau Malaysia - Hairuddin
Amat menghairankan apabila prestasi dan ranking Harimau Malaysia merosot tetapi pada masa sama kelab Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan prestasi amat baik.

Tiada isu tunduk kepada Singapura
Sepak mula Liga Super di Singapura tidak boleh dilewatkan kerana peraturan stadium mahu semua aktiviti ditamatkan pada 11:00 malam.

Hai-O hairan FAM ikut telunjuk Lions XII
Ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) Hairuddin Omar terkilan apabila permohonan menangguhkan jadual perlawanan 8.30 malam selama sejam di Stadium Jalan Besar tidak dilayan.

PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain
Dengan perlantikan Hairuddin Omar sebagai Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) akan membantu dengan membawanya ke Fifpro, sebelum dirujuk ke FIFA.

PFAM kembali bernafas
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kini kembali berfungsi apabila Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden persatuan.