"Bukan mudah apabila sedang berpuasa, tetapi anda perlu yakin. Saya berpuasa kerana Allah.
"Saya berpuasa dan mahu berjuang untuk pasukan jika saya berada di atas padang. Syukur kepada Allah untuk saat ini," ujar Diallo.
Namun malang menimpa pemain berusia 21 tahun itu apabila dibuang padang kerana membuka jersinya.
"Saya terlupa sudah mengutip kad kuning pertama dan meraikan jaringan dengan membuka baju kerana terlalu teruja," katanya.
Diallo akan digantung satu perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris ketika United menentang Brentford pada 30 Mac.
Bagi menghormati Ramadan, pemain sayap United itu memadam akaun media sosialnya kerana mahu memberi tumpuan kepada ibadah puasa pada bulan mulia ini.
"Saya tidak mengaktifkan akaun media sosial untuk sebulan bagi memberi tumpuan kepada Ramadan. Bulan suci untuk saya dan media sosial adalah tempat yang anda boleh lihat perkara tidak elok ketika berpuasa.
"Hentikan kebencian, tidak ada apa yang salah dengan apa yang saya lakukan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian