Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Khamis.
Chong Wei, selaku pilihan utama, langsung tidak tercabar untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik selepas mudah menundukkan wakil Ireland, Scott Evans 21-11 dan 21-12 dalam masa 36 minit.
Evans nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamerkan Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama.
Chong Wei, 31, akan berdepan dengan pemain pilihan keenam, Wang Zhengming pada aksi suku akhir, Jumaat.
Sebelum itu, pemain China berusia 24 tahun itu mengesahkan slot ke suku akhir dalam masa 42 minit apabila menyingkirkan pemain Hong Kong, Nan Wei dalam 'straight-set' 21-15 dan 21-18.
Sekiranya berjaya mengekalkan rekod bersih dengan Zhengming, Chong Wei dijadual menentang pemenang antara pilihan ke-14, Viktor Axelsen dan Tien Chen Chou dari Taiwan dalam peringkat separuh akhir, Sabtu.
Chong Wei menyifatkan kejayaan melepasi pusingan ketiga itu merupakan satu permulaan yang berliku dalam misi memburu gelaran dunia yang masih belum dikecapi sepanjang kariernya.
"Perlawanan hari ini bukanlah terlalu sukar. Bermula esok, perlawanan mungkin bertambah sukar dengan berdepan pemain China dan mungkin persediaan yang paling hebat perlu saya lakukan.
"Fokus saya masih kepada persediaan diri sendiri dan saya tidak pandang rendah pemain China itu walaupun tidak pernah kalah dalam 11 pertemuan dengannya sebelum ini," katanya.
Dalam pertemuan terakhir pada Terbuka Malaysia 2014, Januari lepas, Chong Wei mengatasi lawannya itu dalam 'straight-set' 21-17 dan 21-18.
Anak jati Pulau Pinang itu turut berharap wakil beregu tunggal negara dalam acara lelaki, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong akan meneruskan momentum selepas mengesahkan slot suku akhir.
Hoon dan Tan mengambil masa 63 minit untuk mengalahkan pasangan Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda 19-21, 21-17 dan 21-19 dalam aksi pusingan ketiga.
Bagaimanapun, satu lagi beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Keong gagal meneruskan kemaraan apabila kalah kepada beregu Taiwan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin 21-19, 17-21, 19-21 dalam saingan pusingan ketiga.
Bernama
Fri Aug 29 2014
Lee Chong Wei
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.
Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Soh Wooi Yik sudah jalani latihan penuh, kembali beraksi bulan depan
Pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik kini sudah menjalani latihan penuh pada Khamis lepas setelah mengalami kecederaan jari kaki kanan sebelum ini.
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.