BURNLEY 1 SOUTHAMPTON 1
Sean Dyche mendakwa Burnley tidak diberi peluang untuk mengalahkan Southampton selepas gol Manolo Gabbiadini pada minit akhir mengakhiri permainan di Turf Moor dengan 1-1.
Dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi itu, pengurus Burley itu menggambarkan jaringan itu -- tanpa kemenangan dalam 11 perlawanan berturut-turut -- sebagai "sukar untuk diterima" serta memperincikan beberapa peristiwa yang tidak memihak kepada Clarets.
Tuan rumah di hadapan pada minit ke-67 ketika Ashley Barnes menanduk masuk peluang dari jarak dekat, walaupun Dyche mendakwa anak buahnya terlebih dahulu dikasari.
Southampton kemudian memasukkan Josh Sims, Sofiane Boufal dan Gabbiadini yang mencetuskan impak besar.
Dyche mendakwa pengadil, Robert Madley, menghalang pertahanan Burnley lalu memberi kesempatan kepada Southampton untuk meledak gol, malah pengurus itu juga berkata dia melihat satu kekasaran di dalam penalti yang membantu Gabbiadini untuk mencetak gol.
"Ini adalah salah satu daripada detik-detik yang anda tidak mahu berlaku dalam bola sepak," katanya kepada BBC Sport. "Pengadil menghalang laluan lalu memberikan mereka ruang untuk melancarkan serangan balas.
"Detik penghujung permainan juga sukar diterima. Kita semua tahu bagaimana jika seseorang pemain itu terjatuh.
"Pertahanan tengah kami hilang keseimbangan akibat penyerang lawan di mana tangannya sedang memaut jersi pemain kami namun tiada sepakan percuma diberikan.
"Ashley Barnes dijatuhkan dalam kotak penalti pada lewat permainan -- namun, ia tidak diberikan. Dia sebenarnya ditolak dari belakang, kami langsung tidak diberikan penalti sepanjang musim ini."
Burnley kekal di tangga ketujuh, begitupun Dyche tetap kecewa dengan keputusan berkenaan setelah gagal meraih kemenangan sejak Disember lepas.
"Saya sedikit kecewa," katanya. "Kami boleh mengawal prestasi pemain dan kami bermain dengan baik hari ini.
"Ini adalah prestasi yang cukup mantap untuk meraih mata penuh sehingga saya dapat memahami mengapa peminat kecewa.
"Secara keseluruhannya, satu mata lagi dipungut dalam prestasi yang saya fikir adalah satu kemenangan, saya fikir usaha kami sudah cukup."
Pengurus Southampton, Mauricio Pellegrino, berpendapat pemainnya layak berkongsi mata dan memuji Boufal, yang diturunkan pada 15 minit terakhir di bahagian tengah.
"Saya fikir perlawanan ini sangat sengit," kata pengurus itu kepada BBC Solent Sport. "Dalam pertempuran fizikal ini, beberapa pasukan mungkin lebih kuat daripada kami tetapi saya fikir peluang paling jelas pada babak pertama adalah untuk kami."
Mengenai Oriol Romeu yang dikeluarkan pada minit ke-75, dia berkata: "Perubahan itu memberi impak besar dalam pasukan. Sofiane adalah pemain yang boleh mengubah permainan."
Keputusan itu melonjak Southampton dari zon penyingkiran tetapi Pellegrino mengakui bahawa pasukannya harus terus mencatat kemenangan andai berhasrat mengelakkan daripada tergelincir.
"Jika kami seri, maka kami perlu cuba memenangi perlawanan seterusnya dan mula memikirkan jalan keluar sedikit demi sedikit," tambahnya.
"Secara jujurnya, kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini."
Astro Arena
Sat Feb 24 2018
Manolo Gabbiadini menjaringkan gol pertama untuk Southampton semasa EPL menentang Burnley di Turf Moor, 24 Feb, 2018. REUTERS
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.