IPOH: Mana-mana pihak yang berhasrat membangunkan mana-mana kawasan di atas rizab kerajaan negeri boleh memohon di Pejabat Daerah dan Tanah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini pihaknya belum lagi dimaklumkan mengenai permohonan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang berhasrat membina sebuah stadium dan pusat latihan bagi kelab bola sepak negeri itu.
"Kami faham ramai pihak membuat permohonan untuk bina sekolah, rumah ibadat, pusat rekreasi dan kemudahan lain namun ia perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
"Macam Perak FC cadang ingin bina di Chepor maka permohonan perlu disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Manjoi termasuk jabatan teknikal lain seperti JKR, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Lembaga Air Perak (LAP) dan lain-lain jabatan berkaitan sebelum Pejabat Tanah dan Galian (PTG) memberi kelulusan untuk kami bawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
"Jika semua jabatan teknikal ini tiada halangan maka PTG akan syorkan kepada kerajaan negeri untuk diluluskan, cuma tidaklah kami boleh luluskan serta-merta kerana kena ikut ketetapan," katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Perak Sejahtera 2030 Piala Menteri Besar Perak dekat sini semalam.
Abdul Azim pada Selasa menyatakan hasrat itu bagi menyediakan prasarana terbaik kepada pemainnya sebagai usaha membawa kembali pasukan itu ke puncak kegemilangan.
Menurut beliau terdapat tanah 'kosong' di sekeliling pusat latihan pasukan di Chepor, Ipoh yang dilihat sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat latihan baharu selain hotel, pusat fisioterapi, gimnasium dan kemudahan lain yang diperlukan pemain dan proses perbincangan masih lagi berjalan dengan pihak berkuasa berkaitan.
Perak FC yang ketika ini bersaing dalam Liga Premier dijangka bertanding dalam Liga Super musim depan ekoran penstrukturan semula Liga Malaysia (Liga-M) yang dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Bagaimanapun keputusan rasmi hanya akan diketahui dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
SAARANI: Kami faham ramai pihak membuat permohonan untuk bina sekolah, rumah ibadat, pusat rekreasi dan kemudahan lain namun ia perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
PDT Kerian patahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan di Bukit Merah
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian berjaya mematahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan seluas 15.378 hektar di kawasan tadahan kolam Bukit Merah, Wilayah Pondok Tanjung Hilir Kerian, hari ini.
Boleh mohon di pejabat tanah untuk pembangunan tanah rizab - MB Perak
Setakat ini, Menteri Besar belum dimaklumkan mengenai permohonan Abdul Azim yang berhasrat bina stadium dan pusat latihan bola sepak.
Bekas pegawai daerah didakwa cabul wanita
Bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah mengaku tidak bersalah di terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.