IPOH: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian berjaya mematahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan seluas 15.378 hektar di kawasan tadahan kolam Bukit Merah, Wilayah Pondok Tanjung Hilir Kerian, hari ini.
Pegawai Daerah Kerian merangkap Pentadbir Tanah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti pencerobohan berskala besar yang dilakukan beberapa individu tidak dikenali itu.
"Susulan daripada aduan awam itu, kita telah melakukan intipan dan mendapati penceroboh mengorek kolam cetek dan menambak kawasan tepian bagi menambah keluasan tanah daratan dipercayai untuk digunakan bagi kegiatan pertanian.
"Penceroboh telah menanam pokok pisang pada keluasan anggaran sebanyak dua hektar dan tanaman pokok limau seluas anggaran 1.6 hektar di kawasan tersebut,"katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, seramai 78 kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan iaitu PDT Kerian, Pejabat Tanah dan Galian Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Kerian, Majlis Daerah Kerian dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian telah melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu bagi menghentikan pencerobohan tersebut.
Mohd Sabli berkata pencerobohan di kawasan tersebut berpotensi mendatangkan risiko pencemaran yang akan menjejaskan bekalan air bersih terutama kepada penduduk di kawasan Perak Utara.
Katanya, selain itu, aktiviti pertanian yang dijalankan di atas tambakan tanah di kawasan kolam juga boleh menyebabkan baja-baja kimia meresap ke dalam air di kolam tadahan itu.
"Kawasan itu kini dalam proses pewartaan dimana ia diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian," katanya.
Beliau berkata selain aktiviti pertanian, turut terdapat struktur binaan seperti rumah pekerja dan stor simpanan yang dibangunkan di atas tanah tersebut.
"Kawasan pencerobohan adalah agak tersorok dan terlindung daripada pandangan umum. Hasil intipan turut mendapati bahawa pengusaha terus mengusahakan kawasan tersebut seperti biasa tanpa henti," katanya.
Susulan penemuan itu, katanya, notis berhubung pencerobohan tanah itu telah diletakkan di kawasan tersebut mengikut peruntukan yang digariskan di bawah Seksyen 425(1)(b) di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828).
"Mengikut seksyen tersebut, menjadi kesalahan pencerobohan ini dilakukan atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah, tambahan pula melibatkan kawasan kritikal seperti kolam Ttdahan Bukit Merah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian berjaya mematahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan seluas 15.378 hektar di kawasan tadahan kolam Bukit Merah, Wilayah Pondok Tanjung Hilir Kerian, hari ini. - BERNAMA

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

PDT Kerian patahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan di Bukit Merah
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian berjaya mematahkan aktiviti pencerobohan tanah kerajaan seluas 15.378 hektar di kawasan tadahan kolam Bukit Merah, Wilayah Pondok Tanjung Hilir Kerian, hari ini.