Bola sepak menjelang kelayakan Piala Asia 2015.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengekalkan 17 pemain daripada skuad Piala Suzuki AFF namun kapten skuad negara, Safiq Rahim tidak disenaraikan.

Rajagobal tampak menilai kemampuan pemainan berdasarkan prestasi terkini selepas tiga perlawanan Liga Super.

Safiq tidak tersenarai kerana masih menjalani penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah ketika pusingan kedua kelayakan Piala Dunia berdepan Singapura pada 2011.

Daripada senarai 26 pemain yang terpilih Rajagobal turut menyenaraikan semula beberapa pemain, yang tersisih daripada saingan Piala Suzuki kerana kecederaan.

Antaranya ialah tonggak pertahanan Selangor, Asraruddin Putra Omar.

Penyerang serba boleh Kelantan, Norfarhan Mohamad turut diberi peluang untuk kembali, membarisi skuad senior kebangsaan.

Pemain Pahang, Muhammad Fauzi Roslan yang cemerlang dengan dua gol, ketika menewaskan Johor Darul Takzim, juga dipanggil Rajagobal kali ini.

Kesemua pemain yang tersenarai, diarahkan melaporkan diri di Wisma Fam, 26 Januari ini.

Skuad kebangsaan akan ke Dubai, untuk aksi persahatan dengan Iraq pada 31 Januari ini sebagai persiapan terakhir sebelum berdepan Qatar.