PUTRAJAYA: Malaysia tetap menghantar kontinjen ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis dalam misi memburu emas sulung negara walaupun beberapa negara mahu memboikot penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keputusan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) itu selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak mahu membawa sebarang isu politik ke dalam sukan.
"Saya tak boleh mengulas mengenai negara lain tapi seperti saya katakan, kita berpegang kepada apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa RTG," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hannah percaya atlet negara akan memberikan aksi terbaik sekali gus mencerahkan peluang Malaysia meraih pingat.
Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Australia dilaporkan memboikot Sukan Olimpik 2024 susulan keputusan IOC membenarkan penyertaan atlet Rusia dan Ukraine di Paris nanti.
Dalam perkembangan lain, Hannah berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton profesional lelaki negara, Lee Zii Jia esok bagi mendengar segala permasalahan dihadapi susulan prestasi tidak menentu pemain keempat dunia itu sejak kebelakangan ini.
Sambil mengakui harapan diletakkan rakyat kepada Zii Jia sangat tinggi, Hannah juga membidas lambakan laporan media terhadap pemain berusia 25 tahun itu yang disifatkannya tidak sihat.
Hannah berkata barisan pemain profesional memerlukan sokongan jitu semua pihak dan segala keperluan ditagih mereka termasuk dalam program RTG juga berbeza antara satu sama lain, maka ruang sentiasa terbuka untuk atlet berjumpa dengannya.
"Mereka boleh WhatsApp dan beritahu kita, tidak perlu mesyuarat rasmi kerana ini boleh menjadi penghalang kerana mereka perlu tunggu mesyuarat baru boleh bincang.
"Komunikasi secara terbuka ini yang kita mahu ada dengan atlet kita kerana pada akhirnya yang masuk gelanggang adalah atlet kita," katanya.
Selain Zii Jia, lima lagi wakil badminton tersenarai dalam program RTG antaranya beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan tiga gandingan profesional iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (campuran); Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (campuran) serta Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (lelaki).
Baki senarai calon atlet terlibat dalam program RTG adalah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua lagi wakil dari sukan terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023

Hannah berkata keputusan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) itu selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak mahu membawa sebarang isu politik ke dalam sukan. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France
Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.

Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.

Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu
Tola melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:06:26, mengatasi rekod Sukan Olimpik sebelum ini iaitu 2:06:32 oleh Samuel Wanjiru dari Kenya.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya
Atlet India yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 telah mengadu mengenai ketidakselesaan di Perkampungan Sukan Olimpik.

Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC
IOC meluluskan penyertaan Iman Khelif dalam kejohanan tinju wanita Olimpik walaupun petinju itu tidak layak bertanding pada Piala Dunia 2023.

Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi
Hujan baru-baru ini menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan.

'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.

Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.