KARIM Benzema meledak gol pada penampilan sulungnya untuk Al-Ittihad untuk membantu pasukan itu menewaskan ES Tunis 2-1 dalam aksi Piala Kelab Juara-Juara Arab pada Jumaat.
Penyerang berusia 35 tahun itu menyertai juara Liga Pro Saudi dengan kontrak tiga tahun selepas menamatkan kariernya di Real Madrid.
Dia menjadi pemain bintang kedua, selepas Cristiano Ronaldo yang berpindah ke negara Timur Tengah.
Penyokong Al-Ittihad dapat menyaksikan penampilan pertama Benzema ketika dia dan seorang lagi rekrut baharu kelab itu, Jota yang menyertai pasukan dari Celtic berada dalam kesebelasan utama.
Al-Ittihad terlebih dahulu berada di hadapan melalui sepakan voli Ousemma Bouguerra pada minit ke-26 untuk meletakkan Tunis di depan.
Tetapi, kelab Saudi itu menyamakan kedudukan enam minit kemudian apabila Abderrazak Hamdallah menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat hasil hantaran lintang Benzema.
Benzema membuktikan kualiti yang dimilikinya itu dengan rembatan dari luar kotak penalti untuk memberikan gol kemenangan buat pasukan kendalian Nuno Espirito Santo itu.
N'Golo Kante yang menyertai kelab Arab itu secara percuma dari Chelsea turut membuat penampilan pertama selepas dimasukkan pada separuh masa kedua.
Al-Ittihad pernah memenangi Piala Kelab Juara-Juara Arab itu sekali dalam sejarah mereka pada tahun 2004-05 dan berharap untuk menambah koleksi itu pada tahun ini.
Mereka akan menentang pasukan Tunisia, CS Sfaxien pada Ahad dalam perlawanan kedua mereka di kejohanan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023

Benzema (kiri) dan N'Golo Kante melakukan penampilan pertama untuk Al Ittihad. - Foto Agensi/Sinar Harian

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.

Karim Benzema fail saman fitnah terhadap menteri Perancis
Hanya kerana nyata sokongan kepada rakyat Palestin, Benzema didakwa ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin oleh Menteri Dalam Negeri Perancis.

Dua gol penalti Ronaldo pastikan Al-Nassr benam Al-Ittihad
Ronaldo jaring dua sepakan penalti ketika Al-Nassr mengatasi Al-Ittihad 5-2 dalam saingan Liga Pro Saudi.

Habuan lumayan buat pemain 'bintang' di Arab Saudi
Habuan itu diberikan oleh kelab-kelab ternama sebagai tanda terima kasih kepada para pemain 'kesayangan' mereka.

Karim Benzema tidak bahagia di Al-Ittihad?
Khabar angin mengatakan bekas penggempur Real Madrid, Karim Benzema, tidak bahagia di Arab Saudi dan sedang mencari jalan keluar dari Al-Ittihad.

Benzema cetus impak di Al-Ittihad
Penyerang berusia 35 tahun itu menyertai juara Liga Pro Saudi dengan kontrak tiga tahun selepas menamatkan kariernya di Real Madrid.

Ronaldo rancang bersara tiga tahun lagi
Memiliki sebuah kelab bola sepak menjadi keutamaan Ronaldo selepas merancang untuk bersara dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Ini alasan Benzema berhijrah ke Arab Saudi...
Negara yang menjadi pusat pengembangan agama Islam itu akan menawarkan sebuah kehidupan yang indah buatnya.

Benzema: Real Madrid akan sentiasa dalam kenangan
Karim Benzema menyifatkan Real Madrid adalah kelab terbaik di dunia dan dalam sejarah.

Benzema, Messi bakal sertai Ronaldo di Liga Pro Saudi
Al-Ekhbariya mendakwa Benzema telah menandatangani kontrak dengan Al-Ittihad yang berpangkalan di Jeddah.