Bekas Penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan menyertai pasukan Perak bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2017.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 29 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan pasukan The Bos Gaurus.
"Kita akan meletakkan Zaquan di posisi penyerang berikutan pengalamannya ketika menyertai pasukan JDT sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Kongres Tahunan PAFA ke-58 di sini hari ini.
Zaquan Adha mula menempa nama ketika menyertai pasukan Negeri Sembilan sebelum bersama JDT II pada 2014.
Menurutnya, The Bos Gaurus juga mendapatkan khidmat 13 lagi muka baharu antaranya Mohd Nazrin Mohd Nawi (JDT), Jaszrin Jamaluddin (JDT), Mohd Shahrom Abdul Kalam (Selangor), Mohd Hafiz Kamal (Selangor) dan Idris Ahmad (Felda United).
Beliau berkata Perak juga sudah mengikat dua awang import baharu iaitu pemain Bulgaria, Vladislav Mitkov Mirchev dan pemain Palestin kelahiran Chile, Yashir Pinto Islame.
"Perak akan mendapatkan seorang lagi pemain import dan nama itu dijangka diumumkan hujung tahun ini," katanya.
Abdul Puhat berkata mengikut senarai nama ini, beliau meletakkan harapan tinggi untuk mengekalkan prestasi pasukan itu bagi mencapai sasaran Perak dalam saingan Liga Malaysia 2017. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2016
![Bekas pemain JDT Zaquan Adha sertai pasukan Bos Gaurus Bekas pemain JDT Zaquan Adha sertai pasukan Bos Gaurus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482324325_ZaquanAdha.jpg)
Mohd Zaquan Adha (kanan) akan menyertai pasukan Perak bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2017. -Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689912299_KhairudinAbuHanipa.jpg)
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
![Presiden Perak tolak terajui PSM Presiden Perak tolak terajui PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623020796_PERSERDA.jpg)
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
![Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527380557_MenteriBesar.jpg)
Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak
Menyedari perkara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, khidmat Abdul Puhat akan diteruskan sebagai perunding untuk SUKMA edisi ke-19 yang akan bermula pada September.
![Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81524559309_ZAHIDHAMIDI.jpg)
Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
![Abdul Puhat sah bertanding Parlimen Parit Buntar? Abdul Puhat sah bertanding Parlimen Parit Buntar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484646894_PAFA.jpg)
Abdul Puhat sah bertanding Parlimen Parit Buntar?
Menurut beliau Parlimen Parit Buntar yang menggunakan kod P57 seolah-olah ditakdirkan untuk dirinya berikutan mengandungi angka 7 yang kebetulan sinonim dalam perjalanan hidupnya.
![Bukti terkini Pas terima duit BN? Bukti terkini Pas terima duit BN?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524103411_CekBernilai.jpg)
Bukti terkini Pas terima duit BN?
Cek itu difahamkan disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang pengerusi sebuah Pasti milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu.
![Perak umum dua import baru Perak umum dua import baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515625345_playerPerak.jpg)
Perak umum dua import baru
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pemilihan itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan penelitian ke atas apa yang terbaik untuk pasukan Perak.
![Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484646894_PAFA.jpg)
Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan
Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.
![Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484646894_PAFA.jpg)
Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu.
![Dua pemain import sedang dikenal pasti perkuatkan Perak Dua pemain import sedang dikenal pasti perkuatkan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510237088_AbdulPuhatMatNayan.jpg)
Dua pemain import sedang dikenal pasti perkuatkan Perak
Langkah itu perlu dilakukan berikutan pemain import sedia ada, Yashir Pinto masih mengalami kecederaan manakala Thiago Junior Aquino ada menyuarakan hasrat untuk bersara.