Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu termasuk ketua pasukan, Muhd Shahrom Kalam bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2018.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, selain Muhd Shahrom, Perak turut tidak menyambung khidmat Jasazrin Jamaluddin, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Ibrahim Aziz, Abdul Hadi Yahaya, K. Sathiya selain dua awang import iaitu Thiago Junior Aquino dan Yashir Pinto Islame.
"Tindakan PAFA ini disebabkan semua pemain berkenaan telah tamat kontrak dengan PAFA.
"Selain itu, kita juga nak tonjol dan ketengahkan beberapa bakat-bakat muda yang rata-ratanya merupakan produk daripada skuad Piala Presiden negeri," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Mengulas persiapan pasukan untuk mengharungi cabaran liga tahun hadapan, katanya, seramai 20 pemain telah didaftarkan selain 12 daripadanya merupakan pemain yang beraksi untuk The Bos Gaurus pada musim lalu.
Menurut Abdul Puhat, antara pemain baharu yang menyertai Perak adalah bekas pemain Kelantan, Brendan Gan, bekas ketua pasukan Pulau Pinang, Muhammad Rafiuddin Roddin dan pemain T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan.
"Kita juga dapat tagih kembali khidmat Muhammad Syazwan Zaipol Bahari yang dipinjamkan ke PKNP FC, Khairul Asyraf Sazihah yang baru pulih daripada kecederaan dan dua pemain Piala Presiden iaitu Muhammad Rizal Che Aziz serta Muhammad Nasrullah Abdul Aziz," katanya.
Selain itu, beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, turut menegaskan urusan pengambilan dua pemain import baharu bagi menggantikan Thiago dan Yashir Pinto akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Januari depan.
"Kita telah kenal pasti pemain berkenaan namun disebabkan mereka masih ada kontrak dengan pasukan lama, jadi kita kena tunggu dan tak mahu terburu-buru kerana tarikh tutup untuk mendaftar pemain adalah pada 3 Feb depan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perak menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu piala dan kedudukan ketiga dalam kancah Liga Super musim depan.
"Ia merupakan cabaran kepada kita selepas layak hingga ke peringkat separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia sebelum ini," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 06 2017

Abdul Puhat berkata, PAFA hendak ketengahkan beberapa bakat-bakat muda yang rata-ratanya merupakan produk daripada skuad Piala Presiden negeri. - BERNAMA/Fail

Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Langkah itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus

Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine
Berita mengenai potensi berlaku perubahan status itu membuatkan komuniti Ukraine di New York berasa takut dan bersiap sedia.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.

Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu.