BEKAS tonggak di bahagian pertahanan Atletico Madrid dan Sepanyol, Juanfran, muncul di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berkongsi di laman sosialnya sebentar tadi sambil menyiarkan gambar pemain yang pada 2014 pernah membantu Atletico itu memecah dominasi era gemilang Barcelona dan Real Madrid, sebelum bersara pada 2021 sebaik meninggalkan saingan liga di Brazil yang terjejas akibat COVID-19.

Sehari sebelum itu, JDT turut berkongsi kehadiran kelibat bekas pemain Espanyol, Osasuna dan Sao Paulo itu selain atas kapasiti lawatan dan turut meninjau latihan pasukan senior.




-- Stadium Astro