Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mempunyai masalah untuk mengguna semula khidmat dua legenda badminton negara Rashid Sidek dan Yap Kim Hock bagi menguatkan lagi badan induk badminton negara itu, namun tertakluk kepada persetujuan dan minat mereka selain wujud kekosongan jawatan jurulatih.
Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dua bekas pemain negara itu mempunyai pengalaman luas dan kemasukan mereka ke dalam BAM mampu memperkasakan barisan kejurulatihan sedia ada.
"BAM tiada halangan sekiranya terdapat kekosongan jurulatih dalam badan induk badminton negara. Kita melihat mereka adalah tokoh lagenda yang mempunyai pengalaman yang luas dalam sukan badminton dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Liga Remaja Kebangsaan (NJL) 2017 AirAsia-BAM Peringkat Kelantan dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Badminton Negeri Kelantan (PBNK) dengan Hotel Grand Riverview (GRV).
Hadir sama Presiden PBNK Dr Naharuddin Hashim dan Pengurus Besar Hotel GRV, Gan Yeong Shuoh.
Mohamad Norza berkata Rashid dan Kim Hock yang pernah menjadi jurulatih BAM sering terbabit dalam melahirkan ramai pelapis baru sekali gus turut muncul sebagai nama-nama besar yang sedang beraksi kepada negara sekarang.
Mengulas mengenai Liga Remaja Kebangsaan 2017 Air-Asia-BAM, Mohamad Norza berkata Liga berkenaan akan dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Beliau berkata setakat ini ada seramai 5,000 peserta di bawah umur 18 tahun dan daripada jumlah berkenaan seramai 17 peserta yang terpilih bakal diserap secara automatik ke dalam Akademi Badminton di Bukit Kiara.
"Di Kelantan kita melihat penyertaan begitu memberangsangkan dengan pembabitan seramai 200 peserta daripada 23 sekolah.
"Kita dapati wujud minat mendalam dalam Liga Remaja Kebangsaan dan mahukan supaya ianya berterusan di masa hadapan, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017

MOHAMAD NORZA: BAM tidak mempunyai masalah untuk mengguna semula khidmat dua legenda badminton negara Rashid Sidek dan Yap Kim Hock bagi menguatkan lagi badan induk badminton negara itu. -Foto YouTube

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.