Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu segera mencari pengganti jaguh negara Datuk Lee Chong Wei dan tidak boleh terus mengharapkan kepada pemain nombor satu dunia itu, kata bekas Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.
Mohd Nadzmi berkata kepimpinan baharu badan induk sukan badmiton negara itu perlu membuka peluang kepada barisan pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka sebagai pelapis badminton negara.
"Chong Wei adalah seorang pemain yang handal, tetapi kita perlu mengambil kira soal usianya. Kita perlu memikirkan lebih ramai pemain pelapis untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan penting pada masa akan datang," katanya.
Skuad badminton negara masih belum menemui pemain yang layak mengganti tempat Chong Wei namun dua pemain muda iaitu Liew Darren dan Chong Wei Feng disebut-sebut bagi memikul tanggungjawab itu.
Pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China, Darren dan Wei Feng masih gagal memberi saingan pada kejohanan berprestij itu apabila sekadar mampu mara ke pusingan ketiga.
Chong Wei berpendapat Darren dan Wei Feng perlu menggunakan pengalaman beraksi di Kejohanan Dunia untuk lebih mempamerkan aksi yang kompetetif pada kejohanan akan datang.
Pemain nombor satu dunia itu gagal dalam misi meraih gelaran sulung pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China, Ahad lepas, selepas kalah kepada musuh tradisinya Lin Dan.
Pada final perseorangan lelaki perlawanan tersebut Chong Wei terpaksa menarik diri pada set penentuan ketika 17-20 selepas mengalami kekejangan otot di kaki dan perut.
Sebelum itu, Chong Wei memenangi set pertama 21-16 dan kalah 13-21 pada set berikutnya.
Bernama
Wed Aug 14 2013
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Aaron-Wooi Yik terpaksa lupakan Terbuka China 2024
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou.
Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Pertemuan kali pertama antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir esok.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.
Paralimpik Paris 2024: Kontinjen negara tidak rela kibar bendera putih
Kontinjen negara seakan belum mahu menyerah kalah bagi menggapai misi sukar menepati sasaran empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Legenda badminton bakal berentap di Piala Antarabangsa Foo Kok Keong ke-10 di Singapura
Kejohanan itu akan menampilkan pasukan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Australia, Sri Lanka dan India.
Paris 2024: Terlampau fikirkan pingat bawa padah buat Fareez
Biarpun menang set pertama, namun Fareez tidak berupaya mengekalkan momentum sebelum dikecewakan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s