KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap dapat membawa masuk pakar psikologi dalam usaha meningkatkan kekuatan mental pemain ketika beraksi di bawah tekanan yang hebat di gelanggang.
Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones berkata adalah penting untuk menambah pakar psikologi dalaman kerana individu terbabit boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN) pada masa ini.
"Sudah tentu dalam perancangan saya untuk ada seorang (pakar psikologi), tetapi saya perlu mendapatkan kelulusan bajet dahulu.
"Walaupun pada masa ini kita menggunakan pakar psikologi daripada ISN tetapi bagi saya, saya ingin memperkuatkannya kerana kita ada ramai pemain, jadi saya fikir bagus mempunyai seorang lagi untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.
Baru-baru ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky menggesa pemain beregu lelaki supaya membuang 'sindrom' kalah dalam separuh akhir dan final sesuatu kejohanan.
Bingung dengan persembahan ditonjolkan atlet itu, Rexy berkata wakil negara terutamanya gandingan nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu menewaskan pemain terbaik pada peringkat awal pertandingan, namun sering tersingkir apabila mara ke separuh akhir.
Jones juga berpendapat bahawa seorang pakar psikologi sudah mencukupi dalam BAM selagi individu berkenaan dapat menyesuaikan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik bersama pemain.
Mengenai perkembangan lain, Jones mengesahkan jurulatih perseorangan wanita yang baru dilantik James Chua akan memulakan latihan dengan pemain minggu depan berikutan bekas ketua jurulatih Indra Wijaya meninggalkan BAM untuk melatih jaguh perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia yang kini pemain profesional negara.
Dalam pada itu, Jones berkata mereka kini dalam fasa akhir melengkapkan proses pengambilan jurulatih beregu yang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan jurulatih beregu lelaki dan beregu campuran yang sebelum ini masing-masing dipegang oleh Flandy Limpele dan Paulus Firman.
"Kami memberi jaminan sesiapa yang dipilih akan menjadi pilihan yang baik dan pastinya membantu kita meraih pingat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti," katanya.
Pada 1 April lepas, Flandy membuat keputusan mengejut meninggalkan BAM apabila tidak menyambung kontrak selepas dua tahun manakala sebulan kemudian, Paulus meletakkan jawatan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata mereka akan meneruskan tradisi menghantar skuad remaja bagi mewakili negara ke Sukan SEA 2023 di Kemboja yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 16 Mei.
Ditanya sama ada BAM berhasrat menurunkan pemain yang pernah beraksi pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam Mei lepas, Kenny berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada Jones, Rexy dan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann kerana temasya itu mungkin bertembung dengan kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Dr Tim Jones berkata adalah penting untuk menambah pakar psikologi dalaman kerana boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada ISN. - Bernama
AWANI 7:45 [15/07/2024] – Mangsa pengsan satu jam | Dipercayai kaitan kutipan derma | Stoking kalimah Allah | Dokumen harus kukuh
#AWANI745 malam ini bersama Luqman Hariz;
1. Lagi mangsa biskut beracun, mangsa sempat ludah, terselamat
2. 20 akaun bank bernilai RM740,000, milik pempengaruh dibeku
3. Pengasas dan isteri KK Mart bebas semua pertuduhan luka perasaan orang Islam
4. PM mahu bidang kuasa Mahkamah Syariah disepakati semua negeri
1. Lagi mangsa biskut beracun, mangsa sempat ludah, terselamat
2. 20 akaun bank bernilai RM740,000, milik pempengaruh dibeku
3. Pengasas dan isteri KK Mart bebas semua pertuduhan luka perasaan orang Islam
4. PM mahu bidang kuasa Mahkamah Syariah disepakati semua negeri
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
AWANI Ringkas: Remaja termakan biskut beracun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: DBKL perlu pasang 20,000 CCTV di ibu kota
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM beku 20 akaun bank bernilai RM740 juta, sebahagian milik pasangan pempengaruh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak membekukan kira-kira 20 akaun perbankan membabitkan nilai lebih RM740 juta susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam
Seorang penjawat awam disiasat MCMC selepas dipercayai mengeluarkan hantaran jelik melibatkan elemen 3R iaitu agama, kaum dan raja di akaun TikTok miliknya.
Istiadat Pertabalan Agong: 14 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini.
Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun
Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lepas.
Sandakan destinasi terakhir jelajah konvoi
Jelajah Konvoi Road to MAHA 2024 Sabah melabuhkan tirai dan mnejadikan Sandakan sebagai destinasi terakhir.
BAM sedia bantu Jin Wei - Michelle
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia memberikan bantuan diperlukan oleh pemain profesional wanita negara Goh Jin Wei dalam persiapannya menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028
BAM mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PA dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik menjelang LA28.
Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal kepada arena badminton negara
Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengucapkan selamat tinggal kepada "lubuk rezeki" mereka setelah meraih pelbagai kejayaan di peringkat dalam dan luar negara.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.