BARCELONA 2 REAL MADRID 2
Barcelona meneruskan catatan rekod tanpa kalah bagi saingan LaLiga pada musim ini, sambil Gareth Bale menyelamatkan maruah Real Madrid dengan gol penyamaan sewaktu kedua-dua pasukan meraih keputusan seri 2-2 di Camp Nou, awal pagi tadi.
Biarpun telah mengesahkan kejuaraan liga sewaktu menundukkan Deportivo La Coruna pada minggu lalu, ternyata skuad kendalian Ernesto Valverde masih mempunyai tugasan besar iaitu pertemuan El Clasico.
Sementara Madrid yang merupakan finalis Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun mengharungi kempen liga yang agak mengecewakan pada musim 2017/18, kemenangan ke atas seteru utama mereka itu pastinya memberikan kepuasan jika ia terlaksana.
Bagaimanapun, hasrat anak-anak buah Zinedine Zidane itu dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah seawal minit ke-10 perlawanan.
Sergi Roberto memulakan pergerakan dari sebelah kanan, sebelum melakukan hantaran lintang buat Luis Suarez yang tidak berdepan masalah untuk menyudahkannya menewaskan Keylor Navas bagi menjadikan kedudukan 1-0.
Bagaimanapun, pendahuluan itu hanya bertahan selama empat minit apabila Los Blancos menyamakan kedudukan menerusi bintang utama, Cristiano Ronaldo.
Dalam satu serangan balas, hantaran lintang Toni Kroos buat Karim Benzema pantas dilorongkan kepada kapten Portugal itu untuk melepaskan rembatan dari jarak dekat mengatasi Marc-Andre Ter Stegen.
Tuan rumah berdepan tamparan hebat susulan terpaksa beraksi dengan 10 pemain, selepas Roberto memberikan didapati menumbuk muka Marcelo, memaksa pengadil perlawanan, Alejandro Hernandez, melayangkan kad merah serta-merta pada minit terakhir separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, kekurangan seorang pemain jelas tidak memberi masalah buat Barca apabila hanya memerlukan tujuh minit untuk meletakkan diri di depan.
Kali ini, gol itu dijelmakan oleh Lionel Messi yang menerima hantaran Suarez sebelum melepaskan bola sepakan kaki kiri yang menerjah jaring melepasi jangkauan Navas.
Aksi sengit di Camp Nou terus rancak apabila tonggak utama skuad kebangsaan Wales, Bale, kembali mengikat kedudukan buat pelawat pada minit ke-72.
Gerakan bijak Marco Asensio yang melorongkan bola buat bekas pemain Tottenham Hotspur itu membolehkan Bale melepaskan sepakan lencong yang gagal disekat Ter Stegeng untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan, menyaksikan Barca masih kekal tanpa kalah setelah mengharungi 35 aksi musim ini sementara Madrid kini di tangga ketiga dengan 72 mata, tiga mata di belakang Atletico Madrid yang berada di tempat kedua tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan.
Astro Arena
Mon May 07 2018
![Bale selamatkan maruah Madrid Bale selamatkan maruah Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525664990_GarethBale.jpg)
Gareth Bale. Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709218273_RamtiniwaitiRamlee.jpg)
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
![Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024 Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708781816_MobilWorldCongress.jpg)
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
![Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682431380_FootballAssociation.jpg)
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
![Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633066875_TBSHAKIRAjpg.jpg)
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
![UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631000271_LionelMessi.jpg)
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
![Lionel Messi kini ejen bebas Lionel Messi kini ejen bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625119369_LaLigaSantander.jpg)
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
![Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616565936_ravers.jpg)
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
![Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611031411_mosalah.jpg)
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
![Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600936877_TBPETRONASYAMAHASE.jpg)
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
![Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41514071737_messi.jpg)
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.