Kerajaan Terengganu menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor yang menyumbang emas pertama negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mengenal pasti tanah lot banglo di kawasan Tok Jembal untuk diserahkan kepada anak Terengganu kelahiran Seberang Takir yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Menurutnya, pemberian tanah itu juga selari dengan hasrat wira negara itu yang ingin pulang ke Terengganu untuk mencurahkan bakti di tanah air.
"Proses pemberian tanah akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan selepas itu kita akan serahkan tanah tersebut kepada badang Terengganu ini.
"Sebelum ini saya ada terbaca kenyataan Hafifi yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menjadi jurulatih sukan angkat berat dan saya rasa hadiah ini paling sesuai bagi Hafifi untuk terus menetap di negeri kelahirannya,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Mohd Hafifi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.
Wira negara berusia 24 tahun itu juga diarak menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengelilingi Bandar Kuala Terengganu dari LTSM.
Bagi merealisasikan impian Mohd Hafifi, Ahmad Razif berkata kerajaan akan membantu pemenang pingat emas bagi kategori 69 kilogram itu menjadi jurulatih dengan membuka pusat latihan angkat berat melatih anak tempatan menceburi sukan itu.
Katanya kejayaan yang dikecapi Mohd Hafifi juga membuktikan Terengganu mampu melahirkan atlet sukan angkat berat di negeri itu pada masa hadapan dan sehubungan kejayaan atlet itu, sukan angkat berat akan diberi penekanan dalam melahirkan lebih banyak atlet dalam acara berkenaan.
Jelasnya kejayaan yang membanggakan itu juga sekali gus menjadikan anak muda ini sebagai ikon kepada para belia.
Menurutnya kerajaan negeri juga bersedia memberikan kemudahan dan keperluan yang lain kepada Mohd Hafifi untuk mengulangi kejayaan seperti Sukan Olimpik pada masa akan datang.
Bernama
Sun Aug 03 2014

Kerajaan Terengganu menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

T'ganu agih RM7.4 juta bonus kepada penjawat awam 15 Jan
Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM7.4 juta untuk pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 6,635 penjawat awam negeri itu.

Badang negara terima hadiah lot tanah banglo dan wang tunai
Kerajaan Terengganu menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor.

Banjir: 31 sekolah tutup, 12,000 pelajar terjejas
31 buah sekolah di Terengganu ditutup pada hari pertama persekolahan jejaskan 12,000 pelajar.