BUAT kali pertama, pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi, terpaksa berjauhan dengan ahli keluarganya apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Mengakui merindui suasana Aidilfitri di tanah air tercinta, Azeem yang kini berkelana di Amerika Syarikat (AS) menganggap beraya bersama keluarga tersayang merupakan momen paling indah.
Bagaimanapun, atlet muda kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata kerinduan yang mengusik emosinya itu perlu diketepikan buat seketika dalam misi mengembangkan kariernya.
“Ya... menyambut Aidilfitri bersama-sama anggota keluarga merupakan detik paling saya rindukan. Yang pertama terlintas di fikiran sekiranya mengenai raya, mestilah keluarga kerana saya berada jauh di perantauan.
“Namun, ini pengorbanan yang perlu dilalui bagi merealisasikan impian diri sendiri selain mengharumkan nama negara. Harap segala pengorbanan ini berbaloi.
“Saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua yang berpeluang untuk beraya bersama keluarga, hargailah setiap masa yang ada di samping keluarga tercinta,” kata Azeem di laman Facebooknya.
Ketika ini, pelari berusia 18 tahun itu, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Auburn, AS.
Dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia Ogos tahun lalu, Azeem mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09 saat.
Azeem memadam rekod lama dipegang seorang lagi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, yang mencatatkan masa 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.
Pada Februari lalu, Azeem mula ‘menggegar’ negara Uncle Sam itu apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 60m dalam dewan dalam Kejohanan Tiger Paw Invitational.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 25 2023
Azeem yang kini berkelana di Amerika Syarikat (AS) menganggap beraya bersama keluarga tersayang merupakan momen paling indah. - Gambar fail
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi
Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot.
Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.
Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini tampil dengan imej yang lebih segar bersempena penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris.
Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.
Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.
Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
Saya belum berputus asa - Azeem
Ia menyaksikan Azeem berada dalam kedudukan keenam pada saringan keenam mengakhiri cabaran di tempat ke-32 dalam kalangan 42 peserta.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.