RAJA pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi sah memilih Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan di media sosial pasukan trek dan balapan universiti berkenaan, poster atlet berusia 18 tahun itu dimuat naik berserta kapsyen yang mengalu-alukan kedatangannya.
“Malaysia ke Auburn. Welcome home Azeem Fahmi,” tulis hantaran tersebut.
Pemilihan Azeem untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut menyaksikan anak jati Perak itu akan berguru bersama bekas pemegang rekod dunia 100 meter, Leroy Burrell yang bertindak sebagai ketua jurulatih trek dan balapan Universiti Auburn.
Seblum ini isu Azeem akan melanjutkan pelajaran hangat diperkatakan selepas dia berjaya memecahkan rekod 100m kebangsaan pada Kejohanan Remaja dunia di Cali, Colombia, Selasa lalu menerusi catatan 10.09 saat (s).
Dia memadam rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 18 2022

Pemilihan Azeem untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Auburn menyaksikan dia akan berguru dengan Leroy Burrell, bekas pemegang rekod dunia 100m. - Foto Instagram
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Impian Umar Osman ikuti Azeem Fahmi ke Universiti Auburn belum terkubur
Ballard belum berputus asa terhadap harapannya untuk melihat Umar berkelana di luar negara walaupun keputusan TOEFL tidak menyebelahinya.

NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.

Langkah baru buat Umar Osman yang bakal ke Auburn
Dia membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya dalam jurusan reka bentuk dan industri dan komited mahu meningkatkan prestasinya.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Azeem pecah rekod lagi
Atlet wakil Universiti Auburn itu berjaya mencatat rekod baru memadamkan rekodnya pada kejohanan Texas Tech Open, Januari lalu.

'Doakan kejayaan saya di AS'
Atlet berusia 18 tahun itu akan berangkat ke negara Uncle Sam awal pagi pada Ahad untuk berkelana selama empat tahun di Alabama.

Muhammad Azeem ke Amerika Syarikat berbekalkan 'mentaliti juara'
Raja pecut itu mahu memastikan pengorbanan zaman mudanya bertungkus lumus menempa nama dalam arena olahraga berbaloi.

Azeem pilih Universiti Auburn kembangkan karier olahraga
Poster atlet itu dimuat naik Universiti Auburn di media sosial berserta kapsyen yang mengalu-alukan kedatangannya.

Kucing yang suka merayau lebih berisiko terdedah penyakit - Kajian
Jika membiarkan kucing berlegar di luar rumah, risiko untuk kucing itu mendapat penyakit adalah lebih tinggi.