KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, kini bergelar Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) selepas muncul juara acara 100 meter (m) lelaki pada hari ini.
Final acara riben biru di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, menyaksikan pelari berusia 18 tahun dari Perak, menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.25 saat (s).
Atlet kebangsaan mendominasi acara berkenaan apabila Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dari Johor dan Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s) dari Negeri Sembilan melengkapkan podium dengan masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan itu, Muhammad Azeem gembira sasaran utamanya untuk menghadiahkan emas acara berkenaan kepada Perak tercapai, namun masih mempunyai misi dalam acara 4x100m esok dan 200m pada Ahad.
"Ini merupakan penampilan kedua saya dalam Sukma, selepas menamatkan saingan di tempat kelapan dan terakhir pada edisi 2018 di Perak. Jadi tahun ini saya beraksi semula, dan ambil apa yang sepatutnya hak saya.
"Saya masih ada masa untuk pulih. Saya sasarkan buat bawah 21 saat pada acara 200m, mungkin boleh jadi masa peribadi terbaik saya (atasi catatan 20.83s), tetapi perlu berhati-hati dengan pencabar lain, terutamanya Arsyad dan Haiqal," katanya yang mara ke final selepas memenangi separuh akhir kedua dengan catatan 10.33s.
Beliau turut mengesahkan bahawa Sukma merupakan pertandingan terakhir beliau beraksi dalam acara 100m bagi tahun ini, manakala bagi acara 200m, beliau bakal beraksi pada Cabaran Olahraga di Jepun, awal Oktober ini.
Muhammad Azeem yang diberi gelaran 'Usain Bolt Malaysia', berjaya memecahkan rekod kebangsaan menerusi catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, awal bulan lepas, mengatasi rekod 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan di Sukma Sarawak 2016.
Sementara itu, Nor Sarah Adi dari Pahang merangkul gelaran 'Ratu Pecut' Sukma kali ini dengan mencatatkan 11.91s, yang hanya sedikit tersasar daripada rekod temasya 11.81s, yang dicatatkan Azreen Nabila Alias dari Terengganu di temasya Perak 2018.
Wakil Sabah Nur Aishah Rofina Aling (12.08s) dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (12.10s) mewakili Selangor masing-masing meraih perak dan gangsa.
"Walaupun tidak dapat memperbaiki masa peribadi terbaik (11.89s) dan mengatasi rekod Sukma, saya gembira dan bersyukur kerana dapat meneruskan konsistensi di bawah 12s sejak awal tahun. Selepas separuh akhir semalam, saya perasaan beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti permulaan, serta kekal tenang dan jangan terlalu keras," katanya.
Nor Sarah, yang juga merupakan pemenang pingat emas acara lompat galah di Sukan SEA Vietnam, berkata beliau seterusnya fokus kepada acara berkenaan berbanding acara pecut, dalam usaha mempertahankan emas Sukan SEA dan melayakkan diri ke Sukan Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Pelari berusia 18 tahun dari Perak itu menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.25 saat (s). - Bernama
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Impian Muhammad Azeem tambah emas tidak kesampaian
Muhammad Azeem melakukan pecutan awal sebelum dikejutkan dengan pecutan 10m terakhir atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat.
Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.
Azeem kini bergelar Raja Pecut Sukma
Pelari berusia 18 tahun dari Perak itu menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.25 saat.
Jonathan Nyepa gegar Singapura
Atlet kebangsaan, Jonathan Nyepa muncul raja pecut dan membantu kuartet lelaki 4x100 meter (m) meraih pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Trek dan Padang Singapura ke-82 2022, hari ini.
Raja pecut India 'The Flying Sikh' meninggal dunia akibat COVID-19
Milkha Singh dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan virus COVID-19 pada Jumaat.
Olahraga: Muhammad Arsyad miliki 'faktor X' untuk pergi lebih jauh
Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia.
Mr Langkawi kembali ke LTdL bersama Bardiani-CSF
Tidak ada pelumba lain yang mengungguli Raja Pecut pada perlumbaan 2.HC (katogeri hors) seperti Guardini di LTdL.
Khairul Hafiz perlu terbuka terima jurulatih baharu
Datuk Rabuan Pit berkata pelari berusia 20 tahun itu tidak seharusnya hanya mahu bergantung dengan khidmat jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim.
Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan
Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas temasya Sukan SEA KL2017.