KUALA LUMPUR: Ketinggian 184 cm dimiliki atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat memberi kelebihan kepadanya sehingga berjaya mencipta kejutan dengan muncul sebagai raja pecut 100 meter (m) lelaki dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia, di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Lebih manis, catatan masa larian 10.64 saat (s) yang direkodkan oleh anak didik jurulatih pecut Mohd Poad Md Kassim dalam kejohanan itu merupakan rekod baharunya selepas mencatatkan 10.70s semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia pada 2019.
Kejayaan itu sudah cukup untuk mengecewakan atlet kebangsaan dari Sarawak Jonathan Nyepa yang berada di tempat kedua (10.70s), manakala Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak di tempat ketiga (10.85s).
Bagi Mohd Poad, Muhammad Arsyad yang dibimbing sejak 2019, memiliki kelebihan dan 'faktor x' iaitu ketinggiannya untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam acara pecut pada masa hadapan.
"Muhammad Arsyad ada potensi jauh...dari segi ukuran lebih tinggi daripada atlet lain, saya yakin dia boleh mencipta rekod pada masa akan datang," katanya ketika ditemui selepas Kejohanan GP Malaysia baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau mengakui tidak menyangka pelari pecut muda itu mampu melakar kejayaan pada acara itu dan hanya menyasarkannya untuk mencatat rekod baharu peribadi dalam kejohanan itu.
Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu turut diharap mampu mengekalkan momentum lariannya sekali gus mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya tersenarai dalam kuartet 4x100m lelaki pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, November ini.
Mohd Poad sebelum ini pernah membimbing dua atlet pecut meraih emas pada acara riben biru dalam dua temasya Sukan SEA berturut-turut menerusi Khairul Hafiz Jantan di Kuala Lumpur pada 2017 dan Muhammad Haiqal Hanafi di Manila, Filipina pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia. - Bernama
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Olahraga: Muhammad Arsyad miliki 'faktor X' untuk pergi lebih jauh
Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia.