Tonggak tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Abdul Azih yakin untuk mempamerkan aksi terbaik dalam tiga perlawanan penting pada bulan ini.
Pemain tengah Pahang itu yang terlepas aksi persahabatan menentang Sri Lanka dan aksi Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada bulan lalu kerana kecederaan buku lali kanan, percaya dirinya berada dalam tahap terbaik.
Berikutan itu, pemain berusia 24 tahun kelahiran Maran tersebut, menyatakan keyakinan untuk meraih kemenangan dalam kesemua tiga aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, iaitu persahabatan menentang Tajikistan 9 Nov ini, sebelum kempen kelayakan menentang Thailand pada 14 Nov dan Indonesia pada 19 Nov ini.
"Saya dah bersedia untuk tiga perlawanan ini dan mahu beri yang terbaik. Saya juga dapat meningkatkan kecergasan selepas kecederaan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, di sini, pada Isnin.
Nor Azam juga berharap bahawa kehadiran dua pemain tengah, Baddrol Bakhtiar, 31, dan Afiq Fazail, 25, bersama-sama Syazwan Andik Ishak (pertahanan dan sayap) dan Farhan Roslan (penyerang), dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan.
"Kita sekarang ada kombinasi pemain muda dan senior yang mantap. Kehadiran Baddrol dan Afiq dapat meningkatkan impak pada pasukan dan saya harap kita boleh raih enam mata penuh nanti," katanya.
Sementara itu, pengendali ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa beliau terpaksa memanggil penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Muhammad Haziq Nadzli, 21, menggantikan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.
"Ifwat minta pelepasan daripada daripada panggilan kali ini, kerana ada sedikit masalah peribadi. Saya sebagai jurulatih, harus hormati keputusannya.
"Saya rasa pemilihan Haziq adalah tepat kerana beliau beraksi dengan baik sepanjang musim ini. Ini menjadi pendedahan yang terbaik buat beliau dan pemain-pemain bawah-23 tahun yang lain, menjelang persediaan ke Sukan SEA pada hujung bulan ini," katanya.
Cheng Hoe juga enggan menyalahkan Ifwat sepenuhnya ke atas lapan gol yang dibolosi Kedah pada dua aksi separuh akhir menentang Pahang dan gol ketika kekalahan 3-0 kepada JDT pada final, Sabtu lalu.
Malaysia kini menduduki tangga keempat daripada lima pasukan dalam Kumpulan G kelayakan, dengan kutipan tiga mata selepas tiga perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019

Nor Azam percaya dirinya berada dalam tahap terbaik. - Gambar fail/Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.