SURABAYA: Skuad renang negara menyumbang dua lagi pingat emas untuk kontinjen negara pada hari pertama Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) di sini hari ini.
Pingat emas dituai perenang wanita negara Phee Jinq En dalam acara 50 meter (m) kuak dada wanita dengan catatan masa 32.03 saat (s), meninggalkan perenang Thailand (32.33s) dan Indonesia (32.95) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Satu pingat emas pula dijelmakan Tan Khai Xin yang mengungguli final acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat 4:05.18s menewaskan rakan senegara Low Zheng Yong (4:06.21s) yang menyambar gangsa dan gangsa menjadi milik wakil Vietnam, Truong Viet Vu (4:06.34s).
Skuad renang turut menyumbang tiga pingat gangsa menerusi Bryan Leong Xin Ren dalam acara 50m kuak dada lelaki dengan merekod masa 29.43s dan Hii Puong Wei bagi acara 200m kuak dada lelaki dengan catatan masa 2:07s selain skuad acara 4x100 gaya bebas wanitai (9:05.34s) yang dibarisi Chu Xin Ying, Jerriel Lau, Shi Qi dan Georgene We Jee Ern.
Terdahulu, atlet judo wanita negara Nur Farah Izzati Wallah menjelmakan pingat emas pertama kontinjen negara dalam acara bawah 52 kilogram (kg) wanita selepas pencabar tuan rumah, Maryam March Maharani dibatalkan penyertaan kerana melanggar peraturan pada aksi final.
Sementara itu, atlet judo lelaki negara Muhammad Fareez Mohameid menghadirkan pingat perak selepas dikecewakan atlet tuan rumah Tommy Darmawan di pusingan final acara bawah 60kg lelaki selepas menewaskan pencabar Singapura Bryan Tze Haeng pada pusingan pertama pagi tadi.
Kontinjen Malaysia setakat ini berada di kedudukan kedua carta pingat AUG 2024 dengan tiga pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa di bawah tuan rumah Indonesia yang berada di kedudukan teratas.
Bagi saingan hari kedua esok, skuad judo dan renang negara dilihat masih berpotensi untuk meraih pingat selain futsal serta mendaki bakal memulakan kempen esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Pingat emas dituai perenang wanita negara Phee Jinq En dalam acara 50 meter (m) kuak dada wanita dengan catatan masa 32.03 saat (s), meninggalkan perenang Thailand (32.33s) dan Indonesia (32.95). - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Masa depan cerah untuk perenang negara
Skuad renang negara mempunyai potensi untuk menjadi satu pasukan yang menyerlah di masa hadapan berdasarkan aksi yang memberangsangkan pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember lepas.