BANDAR SERI BEGAWAN: Atlet Brunei, Basma Lachkar berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Wusyu Universiti Asia 2024 di Harbin, China pada Khamis.

Lachkar mencatat 9.510 mata untuk merangkul emas dalam acara Taijijian wanita, mengalahkan Hibiki Isono dari Jepun dan Chen Yuxing dari China yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga, lapor Xinhua yang memetik akhbar harian tempatan Brunei, Borneo Bulletin.

Pasukan Brunei menghantar dua atlet yang diketuai jurulatih Zhao Chunjie ke kejohanan yang diadakan di Harbin, Wilayah Heilongjiang, utara China.

-- BERNAMA