KUALA LUMPUR: Beberapa bengkel akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan para atlet dan pegawai negara bersedia sepenuhnya mengharungi cabaran Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
"Untuk sasaran pingat, kita perlu tunggu sehingga bengkel (penetapan sasaran) yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini," katanya selepas melancarkan Kejohanan Futsal Youth Expatriate Sports (YES) sempena Sambutan Hari ASEAN ke-56 di Puchong dekat sini semalam.
Dalam pada itu, beliau yakin hubungan baik antara Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Chong Kim Fatt dan pihak kedutaan China di sini, dapat melancarkan semua urusan berkaitan temasya berkenaan.
"CDM dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) telah berikan taklimat kepada saya semalam mengenai penglibatan atlet-atlet kita. Tahniah kepada CDM kerana sangat proaktif (dalam persiapan ke Sukan Asia)," katanya.
Terdahulu, MOM menerusi kenyataan mengesahkan Malaysia akan diwakili 292 atlet meliputi 29 disiplin daripada 23 jenis sukan.
Sementara itu, Hannah berkata warga asing yang tinggal di Malaysia turut dilindungi dalam Kod Sukan Selamat dilancarkan pada Mac lepas, yang kini diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris.
"Kita ada ramai warga asing yang tinggal di sini, mereka juga bersukan. Jadi kita terjemah Kod Sukan Selamat daripada Bahasa Melayu supaya mereka juga mengenali dan memahami yang mereka turut dilindungi apabila mengamalkan aktiviti sukan," katanya.
Kod dibangunkan KBS itu adalah garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
![Atlet, pegawai sertai bengkel sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou Atlet, pegawai sertai bengkel sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691532762_OlympicCouncilofM.jpg)
Hannah menerima kunjungan hormat Chong di pejabat beliau di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, 7 Ogos 2023. - Facebook Olympic Council of Malaysia
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Atlet, pegawai sertai bengkel sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou Atlet, pegawai sertai bengkel sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691532762_OlympicCouncilofM.jpg)
Atlet, pegawai sertai bengkel sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou
Hannah yakin hubungan baik antara CDM Datuk Chong Kim Fatt dan pihak kedutaan China di sini, dapat melancarkan semua urusan.